Friday, October 28, 2022

day 14 @ HTJ

Semalam check panjang serviks selepas 2 minggu.

Kettaqq tangan nak masuk bilik treatment tu sebab risau, fobia, terngiang ngiang 5 tahun lepas bila check cervix doc bagitau cervix awak 1 cm je, bila bila masa awak deliver.

Alhamdulillah check semalam panjang cervix at 25w 5 days -- 3.4cm. Doc nak scan guna TVS aka scan ikut bawah tu tapi sebab ada arabin, jadi tak nampak sangat. Maka doc buat takat mana yang mampu dengan scan and check panjang cervix guna scan perut tu je. Bacaan mungkin tak tepat tapi at least boleh la bagitau lebih kurangnye tu.

Jadi hari ni.. aku nak list teman teman sebilik:

14. Syafiqah - agent coway. masuk sebab cramp lagi lagi dia baru tau dia pregnant 5 minggu. Check dekat klinik, tak nampak kantung. Jadi klinik refer to hospital. Mcam biasa, doc amek darah, kena tunggu 48 jam untuk tengok bacaan HCG double ke tak. Hari kedua tu, amek darah dan result darah tak dapat lagi tapi doc scan. Haaa.. masa tu dah nampak kantung dengan janin kat dalam. Maka boleh terus balik tak payah tunggu result darah keluar.

15. Wani - wani masuk sebab tiba tiba sakit perut. Pegi klinik, buat UPT tiba tiba dapat tau dia positif. Pregnant. Doc check rahim tapi tak nampak kantung dalam rahim. Tapi doc mention nampak something dekat tiub sebelah kiri dan mintak refer ke hospital untuk further check.

Dipendekkan cerita, doc hospital mintak buat laparoskopik sebab nak tengok dan cari sendiri dan confirmkan ada janin ke tak dekat tiub. Menangis jugak la dia masa doc explain sebab dia bagitau janin yg mcm nampak tu dekat tiub kiri. Dan tiub kiri dia memang doc sblum ni bagitau blocked. Dan doc memang pernah bagitau bila dah block kemungkinan dapat ectopic pregnant. 

Jadi sekarang, mmg betul la apa yg doc sebelum ni bagitau - ectopic. Wani ni tak nak buat laparoskopik tapi sebab doc explain bahaya kat dia, maka dia proceed. Walaupun risknya ialah tiub terpaksa potong. Wani cakap la doc sblum ni dah bagitau ovari kiri dia je yg active tapi tiub kiri pulak yg block. Malam tu jugak dia masuk bilik bedah.

Esoknya tu, doc pakar datang tunjuk finding dorang. Memang dah bengkak dah tiub dan nasib baik cepat. Tiub selamat tak buang. Doc just buang janin tu je la. Janin ke.. ke zigot ke embryo..

16. Hanim - masuk pun sama sebab ektopik. Tapi masa datang hospital doc scan nampak kat tiub. Sebab BMI issue, tak boleh buat laparoskopik, kena czer. Jadi terus czer malam tu, duk wad semalaman boleh terus balik.

17. Taksempattanyanama - masuk sebab cramp perut. 5 mgu pregnant. Kat klinik x nampak kantung jadi klinik refer hospital. Sampai hospital, dia baru letak beg, nak tukar baju, sempat la sembang dengan aku, tiba2 nurse masuk bagitau doc nak scan.

Siap scan, dia bagitau nampak je kantung dalam rahim. Maka, tukar baju balik, boleh discharge.. haha! Tak sampai 30 minit duduk ward.

18. Zati kot.. ke aku reka - masuk sebab demam masa pregnant. Malu malu dan sentiasa nampak macam dia tengah buat salah. Adehh. Serba salah aku nak tegur. Dia duduk depan kaunter nurse mula mula sebab under observation kan. Lepastu masuk dalam bilik aku ni. Semalaman je stay lepastu petang dah boleh discharge

Itu sahaja setakat hari ni..

Hari ni tukar langsir dari peach ke biru.

No comments:

Post a Comment