Tuesday, July 11, 2017

Bronchitis attack

Bismillah..

Sabtu Ahad lepas aku dan suami berkampung sekali lagi di hospital Prince Court.

Windback.

Selasa
Balik raya, hari ni Aryan aku dah hantar ke childcare - hari pertama dia. Daycare iKids. Risau yang amat sebab yela, balik kampung beraya dua minggu terus kena pisah sebab dia tak pernah kena tinggal dengan orang lain sebabnya aku dan suami yang gilir gilir jaga dia sebab working hour kitorang yang sorang malam sorang pagi sorang siang sorang petang.

Hari ni Aryan dah selesema tapi aku ingat selesema macam lepas mandi pagi tu.

Rabu
Selesema macam semalam. Batuk pun ada sikit. Badan Aryan macam suam tapi tak la tahap demam. Balik dari daycare, Aryan nampak ceria. Teacher dia pun kata hari ni Aryan ok dari semalam. Dah tak menangis sangat dah. Segment Aryan di daycare nanti nanti la aku cerita balik. Panjang nak cerita.. hihi

Khamis
Selesema makin teruk dan batuk pun dah bertambah. Hari ni aku excuse Aryan dari pergi ke daycare. Dan hari ni aku working from home sebab malamnye tu aku tak berapa tido. Aryan asyik bangun, menangis. Hidung tersumbat kot tu yang tak boleh nak tido. Dia bernafas macam ada bunyi. Kahak kot.

Tengahari tu aku bawak Aryan pergi Klinik Cahaya dekat Ayer@8 di Putrajaya tu. Klinik yang selalu aku pergi sejak kali pertama aku stay di Putrajaya ni.

Dekat klinik, Dr bagi nebulizer kat Aryan untuk relief dia punya batuk. Aku ada tanya doktor selamat ke nebulizer ni. Yela, balik kampung haritu banyak nau kata kata yang bagitau tak elok selalu 'sedut gas' ala nebulizer ni la. Sebab katanya nanti kita bergantung kat benda alah tu je.

Kata doktor? haha! Doktor sendiri gelak sebab dia kata family dia sendiri pun bagitau macam tu - tak elok.

"Zaman sekarang ramai sangat yang dah jadi specialist. Saya nak bangkang pun macam rasa tak payah. Sebab kalau saya nak explain pun nanti ada je jawapan dia nak jawab. Jadi, saya iyakan ajelahhh" Doktor pun malas nak layan. Haha

So, macam biasa, Aryan dah bila kena nebulizer, menjerit la kawan tu. Takut tengok asap berkepul kot. Ni kali ke 3 Aryan sedut gas ni. Aryan nampak selesa and better. Dah boleh bernafas elok. Biasanya, ikut history, bila dah lepas nebulizer,  dia dah ok.

Malamnya, Aryan selesema dan masih batuk.

Jumaat
Awal pagi Jumaat, aku rasa badan Aryan panas. Lepas berbincang dengan suami, maka, dia rela masuk office lambat. Aku pulak terpaksa mintak half day working from home sebab belah petang aku yang kena jaga Aryan.

Dalam pukul 5 macam tu, aku mesej suami, bagitau badan Aryan makin panas dan dia nampak tak larat. Makan pun tak nak. Jadi, aku bawak Aryan, pickup suami aku sebab dia nak ikut aku bawak Aryan pergi klinik dan kitorang pergi Klinik Ibnu Sina di Cyberjaya.

Sampai Klinik, Dr tengok Aryan, dia terus kata risau Aryan ada penyakit lain. Suhu Aryan 38.3 darjah Celcius yang ditahap panas sebab mungkin boleh kena serang sawan demam. Suami aku explain yang Aryan dah pernah kena campak sebab doktor tanya kalau Aryan ada bintik bintik merah kat badan. Lepas tu, doktor terus selak baju Aryan. Dia kata, Aryan struggle bernafas. Dia guna otot perut untuk bernafas sebab nampak lekuk antara perut dengan dada dia masa dia tarik dan lepas nafas tu.

"Ni tanda tanda Bronchitis. Mungkin disebabkan viral atau allergies. Saya rasa Aryan kena refer ke hospital. Nanti saya buat surat refer ke hospital. Di hospital, doctor akan bagi nebulizer setiap 4 jam untuk relief Aryan punya pernafasan dan akan bagi antibiotik. Memang akan warded" Terang doktor

Jadi, untuk sekarang, doktor mintak nurse masukkan ubat demam ikut bontot Aryan sebab nak kurangkan suhu demam Aryan dulu. Lepastu terus buat nebulizer.

Bila aku dengar Aryan nak kena nebulizer, aku pandang muka suami aku. Sebab rasa kesian tengok Aryan menangis masa kena nebulizer - suami aku peluk kuat kuat Aryan, aku lak pakaikan mask tu kat Aryan.

Masa Aryan kena nebulizer tu, suhu badan Aryan memang drop terus. Cepat tul ubat bontot tu bertindak. Kelako je main bontot bontot ni.. haha!

Lepastu, doktor bagi surat refer ke hospital. Aku sempat tanya, bila doktor suggest aku pergi hospital. Dan jawapannya ialah ASAP. Sebab katanya budak ni nak baik cepat tapi kalau lambat bertindak, maka lambat yang amat dia nak baik.

Maka, lepas diskas dengan suami, kitorang sepakat pergi lepas isyak sebabnya suhu badan Aryan dah down dan Aryan tak batuk dah. Aku dah siap prepare beg baju dan segala kelengkapan Aryan in case Aryan betul betul kena warded. Aku pulak capai selai jubah. Suami? dia tak nak bawak baju. Sebab katanya dia harap Aryan tak kena warded. Kalau kena warded jugak? Dia kata dia pakai je la baju yang dia pakai tu. Esok la dia balik rumah amek baju lain. Oh suami..!

Dalam pukul 9.30 malam kitorang gerak dan dalam perjalanan setengah jam tu, Aryan dah mula batuk balik tapi alhamdulillah dah separuh perjalanan, dia tertido. Dah sampai bahagian kecemasan Prince Court Medical Centre (PCMC), pergi di kaunter dan terus bagi detail Aryan sebab record Aryan dah ada sejak dia baru lahir kat NICU tu lagi. Lepastu terus masuk bilik untuk check. Suami mintak aku explain dekat nurse tu kondisi Aryan. Nampak sangat aku jenis banyak bercerita kan. Dah habis dengar keterangan aku, nurse ketip kaki dengan tangan Aryan untuk check paras oksigen dan ada la check tempat lain. Mudah nak check sebab Aryan tengah tido dalam stroller tu.

Lepastu, kena tunggu untuk check dengan doktor yang bertugas malam tu. Ada dalam 3 bilik consultation. Dalam 10 minit, tiba tiba Aryan batuk. Terus la jaga dari tidur. Batuk pulak tak berhenti. Terus suami aku angkat tepuk tepuk bawak jejalan. Tak lama tu, nama Aryan kena panggil.

Dalam bilik doktor, aku mula nak bercerita. Yela, ibu kan, wajib la cemas. Dramatik harus ada bila bercerita. Mungkin sebab nampak aku bersungguh sangat, maka doktor selalu pangkah dan stopkan jalan penceritaan aku pasal Aryan. Dia terus suruh aku masuk bahagian bilik kecemasan dan prepare untuk warded.

Kat situ, mula mula Aryan kena nebulizer. Nak menitik lagi air mata aku. Tahan. Lepastu, nurse datang check paras oksigen. Lampu LED merah untuk check oksigen tuk buat aku teringat masa Aryan di NICU. Rasa hancur hati ni tengok Aryan macam tu. Lepastu, dorang bungkus aka bedung Aryan dengan selimut sebab nak ambil darah dan nak cucuk jarum kat tangan Aryan.

Aku la yang kena peluk Aryan. Aku dekatkan muka aku ni di muka Aryan bagitau dia sekejap jee sekejap jee.. shh shh. Dalam masa sama, nurse jentik jentik tangan Aryan nak cari urat darah untuk masuk drip. 4 botol darah nurse ambil untuk check kalau ada kuman bronchitis dan sample hingus Aryan. Aryan dah memang nangis kuat dah masa tu. Tak sampai hati tengok anak macam tu. Lepastu, aku teringat yang aku ada bawak bestfriend Aryan - puting. Aku keras hati stop 100% puting Aryan sejak hari selasa lepas - hari Aryan masuk childcare walhal sebelum ni Aryan memang tak pernah berenggang dengan puting tu. Bila Aryan tengok puting, terus duk hisap chup chup tenangkan diri dia. Sedihnya..

Dah selesai, elok Aryan bangun senyum. Tapi nampak la muka dia penat yang amat. Yela, petang tadi kuat nangis dekat klinik. Ni, kena nebulizer dah nanges. Lepastu kena cucuk lagi sekali dia nangis.

Sabtu
Dipendekkan cerita, pukul 1.30 pagi, kitorang masuk wad. Rasa macam - akhirnyaaaaaa, boleh berehat!

Harapan....

Nurse masuk brief keadaan Aryan. Aryan akan diberi nebulizer setiap 4 jam dan antibiotik - tepat dan sama macam yang doktor dekat Klinik Ibnu Sina bagitau. Dalam fikiran aku, biar betul? Jadi setiap 4 jam la Aryan nanges bagai nak rak? Adui...

Pukul 2 pagi, Aryan baru tidur dalam 15 minit. Letih dengan penyakit, letih dengan menangis. Tiba tiba tiba nurse masuk bagitau nak bagi gas kat Aryan. Mengeluh panjang aku. Budak tu baru tidur, dah kena kejut - kejut untuk dimenangiskannnn. Weekend 2 hari macam ni la rutinnya. Selama umur Aryan, kali ni la dia paling banyak nanges.

Hari Ahad tengahari, doktor Anna aka doktor Paed Aryan masuk nak tengok keadaan Aryan dan Aryan dah boleh balik hari ni. Tapi kalau nak stay lagi pun boleh kalau parents nak nurse monitor. Aku pun cepat cepat bagitau aku nak discharge. Memang aku nak Aryan kena monitor tapi sebagai ibu, tak sanggup aku tengok Aryan penat letih setiap 4 jam kena paksa bangun.

Alhamdulillah, Aryan discharged petang Ahad. Kos perbelanjaan?





Total untuk 2 hari Aryan warded ialah RM 2957. Kos ubat yang mahal tapi kalau tengok pun 50 kali ++

Ubat untuk bawak balik rumah pun menarik di mata aku.

2 inhaler
1 vacum valve
1 spray untuk legakan selesema sebab tak digalakkan ambil syrup selesema untuk budak kecik
1 antibiotik - untuk 3 hari



Pengalaman. Alhamdulillah perbelanjaan ditanggung insurans. Nak harap poket sendiri memanglah tidak mampu. Kalau terpaksa, memang kena korek bank la jawabnya....

Thursday, July 6, 2017

Second Pregnancy: First Visit Prince Court dan KKM

Bismillah..

Hari ni dah 22 weeks and 6 days aku pregnant. Alhamdulillah.

Macam post sebelum ni, aku bagitau yang pregnant kali ni nak gembira pun tak la gembira sangat. Bukan tak gembira sebab ada new family addition tapi sebab kesihatan aku ni. Kesihatan ke?

Post kali ni aku abadikan kronologi dari KKM dan Prince Court. Setakat hari ni, aku pergi KKM dua kali dah - buka buku, check up biasa dan monthly checkup dengan jumpa direct doktor KKM.
Untuk Prince Court pun aku pergi 2 kali je baru -

Prince Court Medical Center - First Visit (15 May)

Bila dah confirm pregnant - walhal dah 14 -15 weeks, terus aku set appointment dengan erti kata lain, email Prince Court untuk set first appointment for second pregnancy.

Doktor pilihan - Dr Tan. Kenapa?

Kali ni, aku pilih Dr Tan Niap Hong menggantikan doktor pilihan ramai - Dr Seri (doktor aku bersalin kat Aryan). Dalam seminggu jugak aku fikir panjang nak pilih doktor mana. Oleh sebab yang aku baca, pregnant aku kali ni dah kira risky pregnancy sebab ada history premature baby, maka aku pilih Dr Tan sebabnya dia punya specialty tu ialah fetal medicine dan high risk pregnancy. Boleh baca sendiri dekat website Prince Court background Dr Tan - sini

Lagipun, aku rasa untuk semua yang register untuk bersalin di Prince Court, akan ada detailed scan yang mana detailed scan tu untuk check secara menyeluruh keluar masuk darah dalam jantung baby, mulut lengkap ke tak (sumbing), tulang belakang secara terperinci, buang pinggang, organ seks, jari tangan kaki cukup ke tak, ruang dalam hidung antara mulut dengan hidung tu (kes sengau) dan banyaklah laginya.

Detailed scan ni hanya dibuat oleh Dr Tan tak kira kalau kita dah pilih atau chop nak bersalin dengan doktor lain pun. Bold gittu perkataan hanya.. betapanya kan nk bg tekanan. Sekali visit je pun untuk detailed scan tu dan procedure tu pilihan sama ada nak buat ke tak - sama macam syndrome down screening. Detailed scan ni insurans tak cover dan memang kena keluar duit dari poket sendiri - kos dia hampir RM500. Dia macam scan baby biasa je. Tapi tak tau la apa yang mahal.

Ex-offismate aku obgyn dia Dr Tan ni la sebab dia banyak kali kes gugur. Dia dapat tau je dia pregnant 2 minggu terus dia book dan call hospital untuk first appointment. Sebab semakin cepat kita check janin, semakin tinggi untuk kita tahu usia janin untuk predict berapa week kita sekarang dan untuk monitor perkembangan janin dan kesihatan diri sendiri. Panjang ha hipotesis aku.

Kawan aku tu bagitau, setiap kali jumpa Dr Tan - yang monthly checkup tu, setiap kali tu la rasa macam kau buat detailed scan. Dan kau tanyalah soalan yang paling bod** pun, Dr Tan akan jawab je. Jadi tak payah segan nak tanya apa. Ilmu kedoktoran kita memang tahap zero. Jadi, tak boleh lah nak expect soalan kitaa macam specialist doctor yang berkemahiran tinggi, ye dok?

Banyak lagi la dia explain pengalaman dia dengan Dr Tan. Tapi yang aku suka, kawan aku tu bagitau, Dr Tan professional. Kalau nak check bukaan pun dia tak tengok pun. Mata banyak tengok screen monitor tu je. Tapi ye la, dah dia pakar, aku pulak ada kes macam tu. Tu yang aku pilih. Insya Allah selamat dunia akhirat.

First visit, kos consultation dan ubat - RM550
Parking hospital - RM7
Tol pergi balik - RM14


Klinik Kesihatan Malaysia - First Visit (17 May)

Week 14 baru buat buku pink kat KKM Dengkil. Kat Dengkil ni, hari Rabu sahaja untuk pregnant and baby buat checkup. Aku dah informed dah as per previous pregnancy kan. Aku pergi hari Khamis - untuk buat appointment. Dapat date appointment first checkup tu hari Rabu minggu depannya. Aku datang Khames tu bukan apa, saje la kot la boleh tulis tulis dalam buku merah tu dulu. Kira macam register buku tu dulu la. Check itu ini tu boleh buat next week. Tapi, nurse tak bagi. Dia kata, apa apa berkaitan pregnancy kena check hari Rabu. Buku pun tak boleh isi lagi. Jadi, take note ye semua :)

Next weeknya, Rabu, aku pergi la. Sebab dah ada appointment, terus je pergi bukak buku. Bukak buku tu macam mana? Bukan selak selak buku tau. Kena bawak buku pink KKM punya tu untuk previous pregnancy, kena bawak bil untuk semak alamat rumah kita tinggal kat daerah terlibat - kalau aku ni kiranya alamat rumah Dengkil la. Dan juga kena bawak prove yang kita pregnant - aku bawak gambar scan baby.

Aku scan baby first masa 5 minggu kat tempat biasa aku - Klinik Cahaya Ayer@8 Putrajaya. Klinik abadi sejak sebelum pregnant, stress tak pregnant pregnant lagi pun aku check hormon kat sini, check nak sahkan aku pregnant masa first pregnant, check first heartbeat baby pun kat sini sebelum aku daftar queue Dr Seri dekat Prince Court. D

Ok. Back to KKM.

Kat KKM tu, aku bawak scan dari Klinik Cahaya. an juga, aku bawak gambar scan baby dari Prince Court 2 hari lepas.Masa isi buku pink tu, kena soal siasat la untuk sejarah previous pregnancy;

Anak pertama.
Bersalin pada - 2015
Bersalin cukup bulan? - tak cukup bulan -- yang ni nurse tukar pen, dari pen hitam dia tulis dengan pen merah
Berat bayi - 1.9kg -- pun tulis dengan pen merah
Bersalin secara - normal
Bersalin pada minggu ke - 32 weeks -- sekali lagi dengan dakwat merah

Lepas tu, selak page lain, isi semua history medical dan penyakit parents - satu dua je merah sebab mak ayah aku ada darah tinggi.

Lepas tu, pergi timbang, ambil tekanan darah, check kumpulan darah apa, check aku ni positif HIV ke tak. Lepastu, masuk bilik consultation. Dalam bilik tu, aku kenal dengan nurse yang akan jaga aku selama 9 bulan mengandung ni, insya Allah. Bila nurse tengok aku punya buku tu banyak sangat kena tanda dengan pen merah, dia mintak aku jumpa doktor untuk scan - special ad-hoc arrangement.

Bila jumpa doktor KKM tu, dia tanya la kenapa aku bersalin awal which I dont have any idea at all. Tak angkat barang berat pun. Tak penat pun. Tak pergi melancong pun. Antara jawapan aku. Tapi aku bagitau jugak la, lepas bersalin tu, bila tengok uri, uri macam ada luka. Masa tu Dr Seri cakap, baby pandai, dia nak keluar awal sebab dia dalam bahaya. Kes macam ni la yang banyak jadi bila bersalin, baby dah tadek, dah tak bernyawa. Sebab uri luka, tak dapat bekalkan oksigen cukup untuk baby dalam perut. Dan, luka pada uri tu tak dapat dikesan masa scan dan memang tiada simptom. Bila nasi menjadi bubur lagi basi, masa tu lah baru dapat tau uri ada problem dan masa tu dah terlambat dah.

Bila doktor scan, dia compare dengan gambar scan yang aku buat dengan Prince Court, result dia sama - 14 weeks. Tapi doktor mintak aku datang lagi 2 minggu untuk buat scan. Nak pastikan umur janin tu betul dan tepat sebab nak kira due date. Dan juga, doktor KKM mintak aku pilih je nak pergi hospital mana, Prince Court ke Hospital Putrajaya sebab katanya macam kesian dekat aku nak ulang alik dua hospital.

Aku bagitau kat doktor, aku nak ada record dengan hospital kerajaan sebab in case ada emergency, aku boleh bawak buku pink yang dah ada semua maklumat aku ni. Tapi aku bagitau jugak la aku memang dah book dengan Prince Court. Doktor KKM tu suggest, untuk monthly atau routine checkup, checkup je dengan Prince Court - untuk mudahkan aku. Tapi dia ada set appointment untuk jumpa doktor pakar putrajaya lagi 2 bulan untuk kes aku ni. Maka, bertubi tubilah appointment yang aku ada sekarang ni. Dah habis sesi nasihat dan kenal suai ke suai kenal? , aku pergi ke farmasi KKM untuk ambil supplement.

Kos? PERCUMA. Yey! Terima kasih Kerajaan Malaysia... hihi

Untuk Second Visit, next post ye. Insya Allah. Aku nak cerita pasal keadaan rahim aku yang dulu masa mula mula kawen, scanned, rahim aku disahkan rahim terbalik.


Monday, July 3, 2017

Aryan nak dapat adik!

Assalamualaikum,

Bulan 3 hari tu, bulan March 2017, alhamdulillah aku dah positif pregnant. Macam tak semangat je kan? Haha! Second pregnancy ni tak la excited macam yang first tapi masih dan tetap gembira.

Cumanya, dapat tau pregnant tu tak seterkejut macam first pregnancy. Sebabnya, lepas bersalin kat Aryan, period aku memang sangat sangat ke laut sana tuu. Tapi ye la, dah memang plan nak pregnant awal taun yakni lepas first birthday Aryan. Alhamdulillah ada rezeki.

Alkisah dah rasa dan berasa diri pregnant. Sebab? Angin pot pot asek keluar kat bawah tu. Tak kira masa dan ketika. Nak kata makan kacang, tak. Nak kata makan benda sejuk, tak jugak. Selera pun bertambah tapi tu tak terkesan sangat sebab memang selama ni aku berselera je manjang.

Lepas dah perasan macam aku ni pregnant, maka belilah pregnancy test - yang ke berapa kotak pun aku tak tahu sebab memang aku jenis suka main dengan benda alah tu - macam ayat sama nak bagitau suka main dengan air shishi sendiri je

Dah test, tengok result, satu je line, tak la rasa kecewa sangat tapi ade la sikit 0.001% tu rasa kat hujung celah hati perasaan down. Tapi aku amik inisiatif macam kes first pregnancy. Aku tak buang test kit tu. Aku pegi letak la mana mana asalkan tak buang je dan jauh dari pandangan suami. Lepas tiga hari tak silap, tengah mandi, aku tengok balik yang batang kertas test tu, nampak samar samar line yang kedua...... DOUBLE LINE!!! OMAIGADDD! - buat buat terkejut kan

Tapi tak la menaruh harapan tinggi sebabnya result tu boleh jadi false result sebab dah lama kan benda tu terperap dengan air shishi. Mungkin terjadi kondensasi ke ape ke dari persekitaran yang buat result tu tak boleh pakai. Takpe lah. Lepas seminggu aku cek lagi. Bukan, apa, masa dapat tengok double line tu, time hari jadi suami. Kunun la nak buat suwit nak letak reben kat hujung nak konon konon jadi hadiah befday. Tidak mengapalah.

Lepas seminggu, aku test lagi, kali ni, double line jelas nyata. Dalam hati rasa syukur yang amat. Sebab boleh buat hadiah anniversary yang ke-2 untuk suami. Gap anniversary dengan hadiah befday suami beze seminggu je. Dan dan aku bagitau suami, aku pregnant. Boleh dia buat muka =.=  --> muka ala ala Mister Bin. Sebab aku selalu sangat main main bagitau yang aku pregnant. Alaa.. sukaa sukaa. Lepas dia tengok test tu, dia masih dengan ekspresi muka Mister Bin, dan beliau suruh aku beli clear blue sebab nak sahkan lagi.

Esoknye terus aku beli clear blue tu. Murah, tak sampai 30 ringgit pun sebatang. Oleh sebab aku dah yakin aku pregnant, dah letak shishi, aku pegi rakam jam digital dekat batang clear blue tu yang tengah pusing pusing - maksudnye benda tu tengah reading la. Lepas tu tup! keluar perkataan 'pregnant' lepas tu, tup! keluar 2-3 weeks. Alhamdulillah.................. syukur sebab dapat rakam detik detik tu.

Saja aku letak batang clear blue tu atas meje. Dah bersih dah benda tu tau. Dah siap basuh bersih bersih. Kang duk ingat benda tu masih bernajish. Alat tu dalam 24 jam tunjuk perkataan pregnant 2-3 weeks, thanks to previous experience. Bila suami balik, terus senyum lebor sambil bagitau 'sayang pregnant!' . Baru nak excited kan.. ke acah acah excited tu? heh!

Aku pun beriya riya la ajak esoknye nak pegi scan kat klinik. Tapi husband aku duk suruh hold lagi. Katanya scan awal tak nampak kantungnye lagi. Lepas tu, aku bagitau la kan hospital bagitau dah, kalau boleh asap check sebab lagi awal lagi elok untuk tau umur sebenar baby.

Maka, selang seminggu baru la kitorang pergi klinik nak scan. Result? Alhamdulillah dah 5 minggu umur janin walaupun bila kira period, doc kata aku punya pregnancy dah cecah almost 10 weeks. Ni gara gara period aku ting tong tu yang duk kata usia janin tu tua walhal umur sebenar baru 5 minggu. Tu la pentingnya scan awal :)

Hari ni, 4hb Julai, usia kandungan aku dah 21 weeks 2 days. Alhamdulillah.

Di kala gembira nak sambut orang baru, ada berita yang kurang sedap untuk aku dan husband untuk second pregnancy ni. Nanti aku cerita dalam next entry.

Nota kaki: Mister Bin itu ejaan untuk Mr.Bean