Friday, October 28, 2022

day 14 @ HTJ

Semalam check panjang serviks selepas 2 minggu.

Kettaqq tangan nak masuk bilik treatment tu sebab risau, fobia, terngiang ngiang 5 tahun lepas bila check cervix doc bagitau cervix awak 1 cm je, bila bila masa awak deliver.

Alhamdulillah check semalam panjang cervix at 25w 5 days -- 3.4cm. Doc nak scan guna TVS aka scan ikut bawah tu tapi sebab ada arabin, jadi tak nampak sangat. Maka doc buat takat mana yang mampu dengan scan and check panjang cervix guna scan perut tu je. Bacaan mungkin tak tepat tapi at least boleh la bagitau lebih kurangnye tu.

Jadi hari ni.. aku nak list teman teman sebilik:

14. Syafiqah - agent coway. masuk sebab cramp lagi lagi dia baru tau dia pregnant 5 minggu. Check dekat klinik, tak nampak kantung. Jadi klinik refer to hospital. Mcam biasa, doc amek darah, kena tunggu 48 jam untuk tengok bacaan HCG double ke tak. Hari kedua tu, amek darah dan result darah tak dapat lagi tapi doc scan. Haaa.. masa tu dah nampak kantung dengan janin kat dalam. Maka boleh terus balik tak payah tunggu result darah keluar.

15. Wani - wani masuk sebab tiba tiba sakit perut. Pegi klinik, buat UPT tiba tiba dapat tau dia positif. Pregnant. Doc check rahim tapi tak nampak kantung dalam rahim. Tapi doc mention nampak something dekat tiub sebelah kiri dan mintak refer ke hospital untuk further check.

Dipendekkan cerita, doc hospital mintak buat laparoskopik sebab nak tengok dan cari sendiri dan confirmkan ada janin ke tak dekat tiub. Menangis jugak la dia masa doc explain sebab dia bagitau janin yg mcm nampak tu dekat tiub kiri. Dan tiub kiri dia memang doc sblum ni bagitau blocked. Dan doc memang pernah bagitau bila dah block kemungkinan dapat ectopic pregnant. 

Jadi sekarang, mmg betul la apa yg doc sebelum ni bagitau - ectopic. Wani ni tak nak buat laparoskopik tapi sebab doc explain bahaya kat dia, maka dia proceed. Walaupun risknya ialah tiub terpaksa potong. Wani cakap la doc sblum ni dah bagitau ovari kiri dia je yg active tapi tiub kiri pulak yg block. Malam tu jugak dia masuk bilik bedah.

Esoknya tu, doc pakar datang tunjuk finding dorang. Memang dah bengkak dah tiub dan nasib baik cepat. Tiub selamat tak buang. Doc just buang janin tu je la. Janin ke.. ke zigot ke embryo..

16. Hanim - masuk pun sama sebab ektopik. Tapi masa datang hospital doc scan nampak kat tiub. Sebab BMI issue, tak boleh buat laparoskopik, kena czer. Jadi terus czer malam tu, duk wad semalaman boleh terus balik.

17. Taksempattanyanama - masuk sebab cramp perut. 5 mgu pregnant. Kat klinik x nampak kantung jadi klinik refer hospital. Sampai hospital, dia baru letak beg, nak tukar baju, sempat la sembang dengan aku, tiba2 nurse masuk bagitau doc nak scan.

Siap scan, dia bagitau nampak je kantung dalam rahim. Maka, tukar baju balik, boleh discharge.. haha! Tak sampai 30 minit duduk ward.

18. Zati kot.. ke aku reka - masuk sebab demam masa pregnant. Malu malu dan sentiasa nampak macam dia tengah buat salah. Adehh. Serba salah aku nak tegur. Dia duduk depan kaunter nurse mula mula sebab under observation kan. Lepastu masuk dalam bilik aku ni. Semalaman je stay lepastu petang dah boleh discharge

Itu sahaja setakat hari ni..

Hari ni tukar langsir dari peach ke biru.

Monday, October 24, 2022

Day 12 @HTJ


Hari ni hari ke 12 berkampung di HTJ ni. Sekarang ni pukul 6.30ptg. Jadi, ada masa kita tulis sikit nota. Bilik ni ada 4 katil. Dan baruu je tadi teman sebilik dah discharge. Mari kita kira dah berapa orang yang pernah jadi teman sebilik aku selama 12 hari ni 😂

1. Mimi - masuk sebab suspected ectopic pregnant. 7 taun menanti zuriat, dan kali ni mengandung asbab ivf. 2 embryo dimasukkan tapi yang nampak kantung 1 je. Lagi satu MIA.

Doc risau yang lagi satu tu ectopic. Lagi satu kantung ada dalam rahim cuma bacaan HCG tak cantik. Mungkin janin tak menjadi atau tak terbentuk elok. Jadi, keputusannya, czer untuk cari kalau ada ectopic. Tapi masa czer tak jumpa pun ectopicnya. Jadi terus cuci rahim.

2. Unknown blonde lady - tak sempat nak tanya sebab masuk malam, pagi dah keluar. 

3. Ira - masuk sebab gugur. Datang seremban dari melaka sebab kenduri tiba tiba turun darah. Doc suspect ectopic jugak sebab bacaan hcg turun sikit. Sebab dah tengok mimi kena czer tapi tak jumpa pun ectopicnya, mimi mintak discharge nak balik melaka atau refer hospital melaka.

4. Yani - kencing manis. Suami kerja offshore, kalau msg pun, esok baru delivered. Ada anak perempuan sorang. Mintak discharge dengan doktor sebab anak umur 11 tahun jiran tengokkan dan jiran nak pegi somewhere. Jadi kak Yani terpaksa mintak discharge atas risiko sendiri.

5. Tira - nurse kk. Masuk sebab masa nak pergi buka buku pink tiba tiba ada darah. Terus refer hospital. Doc sahkan gugur. Duduk hospital sebab nak monitor hcg. Lepastu doc confirm gugur, boleh keluar.

6. Mas - nurse kk. Masuk sebab ada bleeding. Rupanya ada polips dekat pangkal rahim. Doc dah buang tapi monitor sebab nak betul betul pasti dah tak ada bleeding.

7. Lupa nama walhal sembang banyak - bekas nurse HTJ baru tukar pegi kk 3 bulan lepas. Masuk sebab gugur tapi UPT still positif lepas 3 minggu. Buat laparoskopik sebab doc suspect kandungan yang gugur tu dekat luar rahim. Resultnya, memang betul luar rahim dan doc dah remove masa operation tu.

8. Tak ingat nama, malay lady - masuk sebab anemia.

9. Tak ingat nama, malay lady - masuk sebab kencing manis. Yang no.8 dngn no.9 ni katil sebelah sebelah tapi dorang tak bercakap. Heran...

10. Cheryn - ye kot eje nama macam ni. Orang sarawak. Masuk sebab turun darah, pergi kk baru dia tahu yang dia pregnant dan dalam proses gugur. Gugur tapi bacaan hcg turun sikit sikit. Jadi macam biasa, laparoskopik. Doc jumpa embryo dekat tiub. Jadi, doc potong tiub sebelah.

11. Unknown, bold sabahan lady - tak sempat tanya jugak walaupun katil sebelah sebab dia masuk tengah malam. Paginya dah bising bising mintak discharge. Doc pun kecoh kecoh sebabnya husband dia call marah marah doc kenapa wife dia kena warded sebabnya dia nak kerja dan anak tadek orang nak jaga.

12. Unknown - indian girl. Tak bercakap. Segan jugak nak tanya nama. Masuk setengah hari lepastu nurse letak dia dekat kaunter sebab nak pantau. Tak tau kes apa.

13. Kak syida - kalau nama betul. 42 taun. Pregnant tak rancang sebab anak dah besar. Masuk sebab darah tinggi dengan kencing manis.

Counting..




Thursday, October 13, 2022

Day 1 @HTJ

Semalam ada routine appointment dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk follow up Arabin pessary yg dorang insert 2 minggu lepas.

Bila jumpa doc, doc refer kat dia punya 'boss' terus mintak aku warded on the spot untuk pantau cervix aku sebab incompetence cervix.

Kena bedrest sampai bersalin. Masa tu rasa gelap dunia. Dalam fikiran bercabang cabang. Tak boleh nak digest macam mana susah husband aku nak manage kerja, anak anak dengan ayah aku.

Doc buat TVS, cervix aku still okay - panjang 3.2cm untuk aku yang sekarang ni 23 minggu.

Maka dah siap, aku message suami aku mintak pickup aku dan bagitau la aku kne warded. Time tengah taip, time tu jugak aku menangis berhujan tak henti. Nasib laa pakai mask kan. Tak la nampak sangat macam drama.

Balik je, terus pickup budak budak, makan, kemas bag, ngam pukul 5.40 petang sampai hospital. Buat swab test, boleh la masuk ward. Nak naik ward pulak tiba tiba guard bagitau budak budak tak boleh naik. Allah.. nak tinggal macam mana. 

Maka husband bagitau kat abang dengan adik, duduk sekejap kat kerusi. Ayah nak naik dengan ibu. Elok pulak budak dua orang tu senyap. Okay la kot sebab guard ada.

Naik atas, isi borang, sign sign sikit terus tukar baju. Aku mintak husband aku turun cepat sebab risau budak budak kat bawah. Sebenarnya aku berat hati. Rasa nak menangis lagi. Tapi kali ni kalau aku start menangis memang setengah jam tak boleh nak berenti 😂

Maka cepat cepat aku mintak husband aku turun. Dan aku tak toleh pun husband aku tinggalkan wad. Tak boleh.. lagi aku tengok lagi aku tak kuat.

Lepastu nurse tunjukkan katil - dalam bilik, ada 4 katil, satu bilik mandi sekali tandas dengan lagi satu bilik tu toilet je.

Malam tu tak ada makanan. Laparnye la 😑 satu malam aku tak boleh tidur sebab serabut, fikir banyak, lapar satu hal dengan duk menangis.

Okay. Sudah.

Meh cerita day 1 pulak:

Pukul 5.30 pagi ada nurse masuk cek BPA, pukul 8pagi, pukul 3ptg. Dalam tenghari doc ada masuk tanya2 dan check perut.

Ni menu aku hari ni 

Breakfast : roti keras dengan jam stoberi + air milo. Bab makan memang la aku titik berat (read:demand 😂). Sebab pernah stay sebulan dekat pcmc kan masa bedrest nak bersalin anak kedua. Jadi kalau tak dapat croissant, at least nasi goreng. Demand nyarhhh!

Tapi dapat roti dengan jem 😔
Its okay.. its okay. Alhamdulillah ada rezeki.

Next, lunch:
Nogori.. sepadan. Sedap jugak. Tapi nak tunggu puku 12 lunch ni, berkeriang keriuk perutku.

Teatime:

Macam ni hidangnya 😂 okay. Alhamdulillah. Lapar babe. Teatime dlm pukul 3ptg. Makan untuk atasi lapar.
Dinner dlm pkul 6ptg :

Taraaa! Kenapa biarkan tempat tu kosong. Kalau aku hidang, wajib aku letak telur masin ke, buh orange sunkist ke biar tadek tinggal kosong tu.
Pkul 6.40 mcm tu suami datang. Gembiranya!!! Walaupun aku sendiri bagitau tak payah datang. Yela, pertama kesian kat suami. Kedua risau jadi berat hati.

Itu je setakat hari ni. Semoga baby sihat kat dalam ni, enjoy food dan keluar sihat cukup bulannya. Amin

Wednesday, October 12, 2022

bila dtg rindu

 ni emosi buat perangai.

Saje saje aku tekan nombor phonen mak.
Saje saje aku nak tengok screen phone yang aku tengah call mak.

Tiba tiba 'mak' call balik.

Ya Allah.. dah lama aku tak nampak skrin ni. Gembiranya rasa....

Tiba tiba aku jadi macam terbang. Khayal. Mak ada.. 

Mak ada..

Elok emosi aku macam ni, air mata mencurah curah. Allah sayang aku ni, ngam ngam jiran katil sebelah buka radio ayat quran. Terus mati bermain rasa hati.

Mak dah tak ada. Itu realiti. Emosi, mainan syaitan ni.

Terus aku reply dekat yang bagi message tanya siapa aku duk call dia 😂

Terima kasih call saya.

Aku terus block nombor dia dan aku block nombor mak ak -- pernah jadi no.mak aku.

Aku tak boleh move on? Takkan boleh. Cuma kerja, kehidupan seharian yg busy je yang buat aku 'lupa'.

Jadi! Marilah busykan diri !