Thursday, August 4, 2016

Kali pertama makan.

Bismillah..

Oleh sebab last checkup doktor sangat sangat tekan kan Aryan makan dengan serious, aku pun dengan happynya dan dengan jayanya sambut seruan doktor tu.

Ngam ngam pulak, baby food machine dah sampai ke tangan aku. Food machine no. Pada pandangan aku, murah la kot aku beli banding yang aku survey survey. Aku beli dekat pasar maya - instagram.



Food processor tu harga RM175, bekas simpan puree baby ni RM20. Total RM195 termasuk postage. Instagram: barang.murah.baby

Memang best guna blender ni. Haa.. blender dah senang sebut. Dia steam dan kisar dalam bekas yang sama. Tak payah lepas steam nak angkat, letak tempat lain, masuk dalam blender lain pulak lepas tu baru tekan nak blend. Yang ni senang. Set lama mana nak steam, lepas tu kita blend terus dalam bekas sama.

Masa suap dekat Aryan, member buat muka pelik. Tapi duk nganga nak lagi dan lagi dan lagi. Lepastu menjerit nangis sebab ingat kita sengaja lambat lambat bagi dia makan. Walhallll.. lambat nak sudukan, suap kat dia je. Selang masa tangan hayun nak kaup puree dalam sudu, hayun lagi nak suap ke mulut dia - tu pun dia rasa lambat dan lama kot.

Meal ditutup dengan bagi air masak.

Lepas tu, terbongkang tidur.... Aryan la yang tido. Bukan ibunya.. LOL!

Aryan 7 bulan.

Bismillah.

Kekonon nak jadikan belog ni catatan harian. Eheh!

Aku pegi baca balik post aku yang sebelum sebelum ni. Semua mendatar je. Tadek feeling. Mood sedih kot. Semua pasal Aryan yang merisaukan. Sampaikan sembelit pon nak risau. Haha!

Well, lagi 3 hari, Aryan genap 7 bulan tengok dunia. Umur Aryan yang sepatutnya pulak, baru 5 bulan+.

Aryan dah start makan dah sekarang. Mula mula aku tak nak bagi masa checkup sebelum ni. Sebab doktor just beritahu - you can start feeding him. Maka, aku bagi rasa rasa hujung lidah dia je. Klimaknya, masa raya, tok wan sedara dia duk geram tengok Aryan bulat duk cup cap cup cap terliur tengok orang makan. Dia terus ambil tembikai, suap dekat Aryan. Memang seronok la member hisap.

Esoknya pulak kena suap dengan anggur. Sebenarnya dua dua jenis buah ni aku risau nak bagi. Sebab ramai sangat kekawan ofis beritahu, jangan bagi first food baby buah anggur dengan tembikai sebab nanti baby batuk.

Aku malas la nak percaya. Buah. Ada apa je pun dengan buah. Manis macam tu la. Lepas balik raya, tu diaaaa.. Haru Aryan batuk. Batuk teruk dengan kahak sekali.

Kebetulan mungkin yang buah ni ada kena mengena dengan batuk. Wallahualam. Tapi, kerana dah banyak kes, aku harap lepas ni jangan la bagi baby baby makan dua jenis buah ni. Kesian dekat dorang.

Maka, sebab Aryan batuk sampai dia tak tidur malam, kami bawak la Aryan ke klinik feveret - Poliklinik Cahaya dekat Ayer@8. Ni la klinik yang aku check paras hormon aku sebab aku nak pregnant - kes aku ni jenis period tak betul. Ni jugak la klinik yang confirmkan yang aku pregnant - scan nampak kantung bulat kecit. Klinik ni jugak la first checkup pregnant aku sebelum pergi ke KKM dan sebelum masuk checkup queue Prince Court.

Dah kenapa terharu sangat ni?

Dekat klinik ni, doktor just bagi nebulizer ke apa yang topeng tekup muka. Doktor just letak air biasa, tak campur dengan ubat. Doktor mintak Aryan hidu untuk cairkan kahak. Dalam bilik tu, just aku dengan suami je. Kelakar masa nak tekup hidung Aryan dengan topeng tu. Juih panjang bibir dia nak nanges tengok berkepuk kepuk asap putih keluar.

Dipendekkan cerita, tak sampai 2 hari, alhamdulillah batuk Aryan dah hampir hilang. Dalam sehari sekali macam tu je Aryan batuk. Suami aku beli ubat asma mujarab tu sekali. Bila sapu ubat tu, esoknya, batuk Aryan totally hilang dah.

Minggu depannya, check up Aryan 6 bulan. Last check up untuk tahun ni. Next check up tahun depan pulak untuk check up 1 tahun.

Masa jumpa doktor, tak tahu la kenapa Aryan jadi excited tengok barang menan bilik doktor tu. Ye, memang selama ni barang menan banyak dalam bilik doktor. Tapi bukan dia kesah pun. Datang kali ni, bukan main lagi dia tepuk tepuk segala mainan atas meja doktor sampai doktor nak bercakap pun haru.

Kali ni, doktor advise, kena serious bagi makan dekat Aryan. Baby 6 bulan, kena makan 3 kali sehari:

# pukul 9 pagi  & 12 tengari & 3 petang
 tunggu dia betul betul lapar, dan bagi dia makan. Lepas makan, bagi dia minum air masak. Jadikan meal ni pengganti susu dia. Means, dia tak minum susu dah.

waktu waktu lain, bagi susu.

Aku ni dah tak breastfeed Aryan. Bab ni nanti aku catat post nanti nanti.

Check up 6 bulan ni, berat Aryan 8 kilo dah. Masa jumpa doktor pun doktor gelak.Tapi ayat doktor memang menyenangkan hati :- sebab tak nak panjang berjela, buat point je la..

1) Baby saya berat ke?
- Nope. Biar la, dia nak jadi a bigg boyy.

2) Macam mana graf baby saya? Normal ke? - kes lepas keluar hospital dari NICU, first check up, berat Aryan tak sampai targeted weight.
- Very good. Graf Aryan cantik dah, sama macam baby umur dia lahir (6 bulan even aryan baru 4 bulan+)

3)Aryan batuk. Macam mana doktor?
- Batuk teruk ke? Kalau batuk sikit sikit tu ok je. Nanti dia recover sendiri.

Ayat doktor semua jenis rilek, tenang abadi. Tak kecoh, tak serabut, tak stress. Biasa la kita ibu ibu ni, asal anak ada masalah, kita dah risau tahap nak kena berenang lautan Pasifik.

Oleh sebab ni last jumpa doktor dalam 6 bulan akan datang, doktor banyak pesan, nasihat banyakkan masa dengan baby. Biar kita yang mandikan dia, basuh poo poo dia, bagi dia semangat nak berguling nak meniarap, suapkan dia makan, main gelak sama sama.

"If you let other people do what you - as a parents suppose to do, so, how can you know your child?" ayat doktor kes orang sekarang banyak jadikan pengasuh untuk ganti tugas mak ayah. Dan anak menangis, tapi mak ayah tak tahu anak tu sebenarnya nak apa. Memang sungguh sungguh doktor tekankan pasal ni.

Balik dari hospital, ilmu dapat, nasihat dapat, receipt bayar Prince Court pun dapat. Thehehee.....



- tak termasuk charge consultation doktor : RM 120. Total semua, dekat 600 gak la. Demimu anak....



Ni la budak debab. Ni dah cecah 9 kilo ape. Cepatnya Aryan besar, lahir dulu 1.9kg je. Keluar dari NICU, 1.8kg. Betul la kot orang kata, baby premature ni cepat besar. Jadi ibu ibu yang ada baby premature, say Alhamdulillah, Allah pilih kita, bukan orang lain :)









Thursday, February 25, 2016

Baby sembelit

Bismillah..

Hari ni usia Aryan 50 hari. Kira dah sebulan lebih la kan lahir tapi sepatutnya Aryan lahir isnin depan - 29 Feb. Hihi.. Dia tak nak sambut befday 4 tahun sekali kot, tu yang terkeluar awal tuu..

Hari isnin haritu Aryan dah tak membuang 2 hari dah. Risau tu memang yang sangat la. Dah la dia ni premature. Ada masalah penghadaman pulak. Mane taknya aku risau. Tapi aku pelik gak, selama ni tak pernah pulak Aryan tak poopoo. Bleh dikatakan asal minum susu, dia membuang. Tapi yela, bila baby dah makin besar, makin bertambah hari, dia tak la poopoo kerap sangat.

Hari selasa dah kira hari ketiga Aryan tak membuang, mak aku yang masa tu ada kat rumah aku ni push ajak pergi klinik. Nak dijadikan cerita, hasben aku pulak demam. Hajatnya, aku nak drive sendiri pergi klinik, biar mak aku teman. Tapi, hasben aku gagahkan jugak drive pergi klinik. Alang alang pergi klinik nak ubatkan anak, ubat la ayahnya sekali kan.

Aku pergi Poliklinik Cahaya dekat Ayer@8. Poliklinik pilihan aku kalau demam sejak aku mula mula bertapak di Putrajaya ni. Klinik ni jugak la yang aku check hormon aku yang aku ingat ada problem tu sebab nak conceive, ada aku cerita dekat sini dannn! klinik ni jugak la yang aku check dan disahkan pregnant ^_______^

Sekarang, anak aku pulak yang aku bawak kat sini. Memang temurun la klinik ni kiranya.. ahaks!

Sampai di klinik ni, nama aku nurse panggil. Mak aku dukung Aryan masuk pintu selepas aku. Nurse beritahu nak check pressure aku dulu. Lepastu, dia tercengang tengok baby. Cepat cepat aku beritahu yang aku dah deliver, baby prem 32 weeks. Terdiam member tu. Hahaha!

Yela, dalam record klinik tu, aku still lagi pregnant tup tup datang bawak baby dah. Aku beritahu dekat nurse tu yang aku nak check baby, constipation problem. Nurse mintak nak timbang Aryan. Sepatutnya Aryan ada check up dekat Prince Court hari Jumaat nanti - lagi 3 hari, tapi Dr Anna ada conference pulak. Check up postpone next Jumaat, minggu depannya. Aku beriya dah nak tahu berapa berat latest Aryan. Sekaliii.. postpone pulak. Nasib la datang klinik ni, nurse timbang gak.

Maka, masa timbang, jarum timbang naikkk. Aku dah nerves dah. Yela, sebab Dr dah beritahu masa last checkup seminggu selepas Aryan balik rumah, kena at least cecah 3kg.

Jarum timbang naik sikit sikit.. 2 kg.... masa tu jantung aku macam nak tercabut. Takkan la naik sikit sangat dalam sebulan ni? OK. Jarum naik lagi. 3,4KG.. Alhamdulillahhh. Betul la Dr estimate Aryan lahir dalam 3.4 KG. Bila aku tengok Aryan yang sekarang yang 3.4Kg tu, rasa macam syukur sangat sangat Aryan lahir awal. Lahir kecik dulu pun sakitnya boleh ingat lagi. Ni kan pulak 3.4Kg. Seriau. Tak pe la, rezeki Aryan lahir awal, tengok dunia awal dan rezeki aku gak mudah lahir baby kecik. Stay positif la kan.

Kembali ke klinik pulak ye.

Bila masuk Consultation room, jumpa doktor, terus aku beritahu baby aku tak poopoo dah 2 hari. Kalau termasuk hari tu, 3 hari la kiranya. Doktor mintak !@#$% - nama ubat yang aku tak dapat nak catch up; tapi nurse macam blur. Sekali, doktor ulang enema prem. Haaaa.. cepat telinga aku tangkap. Entah betul ke tak aku eja tu. Sekali doktor pergi sendiri dekat rak rak ubat cari ubat tu. Lega aku rasa. Yela, better doktor amik sendiri ubat sebab aku tak nak la tersilap ubat ke apa.

Doktor mintak aku bukakkan pampers Aryan sebelum sapu gel jernih dekat bontot Aryan. Masa tu, Aryan dah ek ek. Dia ni bukannya boleh kalau bukakkan pampers dia. Pemalu amattt.

Doktor picit ubat tu dalam tempat bukaan bontot aryan tu. Dan dan Aryan jerit sekuat hati. Risau gak aku tengok doktor buat macam tu. Lepas aku keluar dari bilik doktor, tutup pintu je, trus prooottttt Aryan kentut sekali poopoo. Bau dia...... hazabbbb untuk yang membaunyaa. Haha!

Lega aku rasa Aryan beyak dah.

Balik rumah, bukak je pampers Aryan, memang penuh dengan hahik. Yela, 2 hari tak membuang. Lepas tukar pampers, bagi susu, Aryan tido. Lega gamaknya perut dah kosong tadek hahik.

Hmm.. kesian anak ibu.

Lepas 2 hari amek ubat dekat klinik tu, Aryan tak membuang gak. Sempat aku godek godek google cari pasal ubat enema tu. Rupanya tak elok salu amek ubat tu sebab nanti otot kat bawah tu tak mahu bekerja keluarkan najis katanya. Hari tu jugak aku ada post-natal check up dekat Prince Court. Nak tanya paed Aryan pun tak boleh. Dr Anna ada conference dan patutnye esoknya check up Aryan tapi postpone kan. Kalau tak, dah elok boleh mintak nasihat boleh mengadu dekat paed.

Masa checkup post-natal tu dengan Dr Seri, alhamdulillah rahim aku dah normal. Sepanjang 6 minggu lepas bersalin, fisioterapist beritahu kena selalu buat senaman kegel. Masa dekat hospital, hari kedua bersalin, Dr Seri assign fisioterapist buat mukaddimah confinement. Dalam sesi fisio tu, ada scan otot rahim masa tengah buat kegel. Larat buat 2 kali je. Rasa lemah. Lepas 6 minggu, sepatutnya dapat buat 12 kali kemutan dengan berapa reps tah. Tak ingat. Dekat monitor scan tu, nampak la rahim tu terangkat. Kegel ni untuk elak rahim jatuh.

Dalam bilik Dr Seri tu, sempat aku beritahu Aryan tak membuang. Aku risau. Doktor senyum dan tanya - awak makan apa? Awak tak makan buah eh? Tu je soalannya. Tenang je. Tak suggest ubat ape pun. Dr Seri pun beritahu, dia tak boleh nak assign jumpa mana mana doktor paed sebab Aryan prem baby. Memang Dr Anna je yang ada capability handle baby prem sebab dia pakar paed. Tetiba aku tersentap. Dr Seri pun tak berani nak assign mana mana doktor paed selain pakar prem tuk Aryan. Aku pulak sesuka hati bawak Aryan pergi sumbat ubat dekat bontot dia.

Harap harap Aryan ok la.

Balik dari hospital semalam, memang semua aku makan. Sebab air susu ibu yang salur ke baby. Aku bakar bawang putih, minum Gulsan, d'Aura kelapa dara, kurma dengan air zamzam. Malam tu menyusu, memang menitik la jugak air mata ni. Kesian tengok Aryan meneran. Masa balik dari hospital tu, Aryan muntah macam air terjun. Mana tak menitik air mata ibu oi oiii..

Pagi esoknya, Aryan duk bising bising. Pampers penuh rupanya. Aku check pampers, alhamdulillah.. Aryan beyak dahhh. Beyak tak la penuh satu pampers tapi ok la dari tadek hasil langsung kan..

Wednesday, February 24, 2016

Berkampung di Hospital


Bismillah..

Macam post aku sebelum ni, alhamdulillah aku dah selamat lahirkan baby boy 7th Jan haritu. Premature baby 32 weeks, berat 1.92kg.

Dekat sini alkisahnya.



bersalin jua

Bismillah..


6hb Jan haritu, aku kiranya dah masuk 32 weeks. Dari minggu lepas lagi aku rasa macam ada contraction. Ala-ala macam mild senggugut. Krem krem camtu. Kekadang rasa risau jugak, tapi bila godek godek, google google, upenye tu Brixton Hicks yang mana ada orang dah boleh rasa senggugut macam tu stat pregnant 5 bulan lagi. So, aku just sit down and chillex.


6hb tu aku pergi kerja macam biasa, masuk pukul 4 petang dan sepatutnya habis pukul 1 pagi. Tapi pukul 8 malam aku dah balik dah, sambung kerja kat rumah. Kekadang bes jugak kerja bahagian IT ni. Support orang kata. Kat mana ada internet, dah boleh bersila mengadap laptop solve issue dengan tickets.


OK, 8 malam tu aku dah sampai kat rumah. Hasben ade kat rumah maka lagi pantas la kaki aku nak balik nak jumpa suami. Eces, macam baru semalam je kawen kannnn. Padahal dah nak genap setahun la kawen lagi 2 bulan. Sampai je rumah, aku terus on laptop tengok incoming tickets sambil sambil dinner dengan hasben.  Pukul 10 malam camtu, aku rasa mild contraction. Dia macam datang selang setengah jam dah. Tapi aku rasa macam okaayyyyy je. Hasben ada tanya aku okay tak? Aehh! wajib la aku kata aku okay. Mana la nak tunjuk ayu depan suami.. aku kan jenis otai. Pukul 10.30 malam hasben dah pergi kerja, tinggal la aku sorang sorang kat rumah sambung kerja lagi.


Pukul 11 malam, sakit macam datang lagi. Tapi macam biasa, aku buat tak tau je. Men-dunno-kan diri. Malas nak layan rasa sakit tu. Dipendekkan cerita, pukul 12 malam, sakit tu datang setiap 15 minit. Aku rasa lain macam dah. Rasa tak sedap hati. Tapi aku alihkan perhatian dari rasa sakit tu sambil buat kerja. Nak dijadikan cerita, ticket banyak masuk time tu. Dan time tu jugak aku rasa macam nak membuang. Dua kali jugak la aku membuang. Masa tu aku terfikir, aku ni nak bersalin ke? Ye la, sebab ni simptom simptom nak bersalin la - rasa krem lepas tu datang rasa nak poo poo.


Lama lama, aku stop buat kerja, pergi cari bantal sebab rasa contraction tu sakit sangat sangat. Dah macam senggugut tahap hari pertama period. Punya la sakit kan sampai basah bantal yang aku sembam tu. Yela, sakit sampai menangis ha. Lepas contraction hilang, aku sambung kerja lagi. Bila rasa sakit tu nak datang lagi, aku sambam balik muka aku sambil nangis nangis kat bantal.


Selama aku sakit, tangan memang pegang nset, duk berwasep dengan hasben dekat ofis tu. Aku tak la cerita yang aku sakit yang amat. Cool je aku gtau yang aku sakit tapi masih dalam zon-boleh-tahan. Heh! Fikir balik, rasa nak pek! dahi sendiri masa tu.


Pukul 2 pagi macam tu, hasben tak reply message aku. Aku dapat agak dia tengah caj phone dia sebab memang ruji dia kalau caj phone, wajib off sebab nak cepat penuh katanyaaa. Aku dah sakit amat, maka, aku message offismate dia yang jugak pernah jadi ex-officemate aku. Aku message mintak nombor phone teammate hasben aku. Tiba tiba hasben aku message tanya kenapa aku mintak nombor phone teammate dia. Rupanya ex-offismate aku ada kat ofis lagi dengan hasben aku time tu. Shift dia tak habis lagi...


Makaaa, aku mintak dia balik rumah work from home je la malam tu sebab aku rasa tak selesa. TAK SELESA? Sakit amat kot sebenarnyaaaaa. Tapi aku cover la. Sebab hasben aku ni jenis lost kalau aku beritahu aku tak sihat. Lagi lagi time macam ni duk cramp cramp kan.


Pukul berapa, aku dah tak ingat, hasben balik. Dia tengok aku yang tengah nangis nangis, trus bukak laptop, online kerja dia lepastu dia pergi panaskan air dekat dapur. Dia tolong tuamkan perot aku yang tengah sakit tu. Aku gelak je kot masa tu. Rasa kelakar. Yela, perot beso macam tu tetiba pergi tuam. Hasben aku duk ngadap laptop je. Aku jeling jeling gak tengok skrin laptop dia. Rupanyaa, dia pergi google nape cramp masa 32 week. Haha.. aku gelak dalam hati je la.Oh suamiiiii


Pukul 3 lebih, hasben aku ajak pergi hospital. Yela, sakit aku ni datang selang 2 minit dah. Time tu aku nak ajak hasben aku pergi hospital dekat je - hospital putrajaya. Tapi hasben aku cakap, pergi Prince Court terus la. Time tu aku rasa aku bukan nak bersalin lagi, nanti pergi hospital, nurse suruh balik ke dulu. Tapi masa tu aku malas nak beritahu macam ni dekat hasben aku, maka, aku bia je dia nak bawak pergi Prince Court.


Pukul 3.30 pagi, sampai Prince Court. Pergi bahagian Emergency terus. Sepanjang perjalanan 25 minit ke hospital tu, Alhamdulillah jalan clear. Dalam kereta tu contraction datang selang selang. Masa selang tak sakit tu, aku rilex je gelak gelak dengan hasben aku. Bila rasa nak cramp tu datang, haaa, masa tu aku duk aaaa~ wee~


Ok. Kembali ke hospital. Tadi rewind kejap.


Di hospital, dekat emergency tu, atas wheel chair tu, nurse Tanya air ketuban pecah ke? aku cakap tak. Dia tengok aku dah sakit tu, terus tolak naik atas level 6 pergi labour room. Sampai labour room, aku baring atas katil. Nurse pasang alat nak cek jantung baby kat perot aku. Sekali lagi nurse tanya, ada rasa nak poo poo tak? aku cakap tak. Ada keluar darah tak? Aku cakap la tak.

Sekali, nurse mintak aku tanggalkan semua pakaian yang ada, pakai baju hospital. Segan juaaa di situu. Lepastu, nurse mintak tanggalkan panties. Tadaaa! Nurse cakap ada darah. Aku memang terus terkejut la sebab masa kat rumah tadek pulak. Tapi sebenarnya masa kuar rumah nak turun pergi kat kereta, aku ada rasa macam tengah piyed. Masa tu kot sebenarnya darah dah keluar.. hmm

Lepas nurse tengok ada darah, nurse terus keluar, panggil nurse lain. Nurse datang macam nak cepat cepat, pasangkan drip bagai dengan mintak aku sedut oksigen. Time tu aku dengar sayup sayup nurse cakap aku dah masuk advance delivery - maybe sebab dah keluar darah kot.

Masa tu, sakit contraction makin sakit. Suami dekat sebelah duduk tepi meja, duk menaip menaip kat laptop dia. Sambung kerja dekat hospital, secara terperincinya - sambung kerja dalammm labour room. Haha!

Sesekali sakit contraction datang, suami datang pegang tangan. Mintak aku sedut oksigen dalam dalam. Aku tak tahu la gas apa sebenarnya yang aku sedut tu sebab bila sedut, aku jadi macam mamai. Suara suami aku tu macam kembang kecut lepastu apa yang aku tengok jadi pusing camtu. Sayup sayup je semua.

Dah berapa lama aku pun tak tahu, dengan rasa penat, rasa mengantuk, tiba tiba datang rasa macam nak berak. Bukan nak berak nak kuarkan hasil tu tapi macam badan paksa kita meneran. Sekali, nurse datang mintak aku tarik nafas. Aku ikut je. Nurse macam seluk kot. Dan kemudia nurse cakap kat nurse lain - "panggil doktor.."

Dalam setengah jam macam tu, dalam mamai mamai, aku terdengar suara Dr Seri. Dr Seri masuk dalam labour room sambil senyum. Tahap ceria Dr Seri tak pernah turun dari level  100%. Memang ceria sungguh Dr Seri ni.

"Baby tak sabar nak jumpa mummy ye..."

Aku terdengar suara Dr Seri. Kuat dan penuh positive vibe. Bila doktor datang, rasa semangat, datang rasa yakin, rasa lega. Doktor mintak aku tarik nafas lepas tu doc seluk rasanya. Time tu rasa nak meneran tu macam makin kuat tapi nurse sebelum tu dah cakap, jangan teran, bukan masa lagi, tarik nafas dalam dalam.

Tak lama lepas Dr Seri seluk tu, aku dah macam tak sedar. Tapi kuatkan semangat jugak. Tiba tiba aku dengar Dr Seri cakap, mummy, mummy teran.

Hah! Bila dengar je perkataan teran tu, aku teran, push sekuat hati. Terdengar Dr Seri cakap, haa, bagus, good job..

Lepas tu, rasa contraction nak datang lagi, aku nak push lagi sekuat hati, nurse tolong angkat sikit badan aku. Lepastu...

Whoooooooooshhh!

Kuarlah baby terkapai kapai duk menangis kuat.

Aku bukak mata, nampak samar samar nurse dukung baby bawak dekat aku, mintak aku sentuh. Nampak nurse timbang baby. Bilik tu penuh dengan suara baby nangis. Tapi tak lama. Nurse bawak pergi mana pun aku tak tahu. Sempat aku alih pandangan ke suami, aku gagahkan jugak nak senyum bila tengok suami.

"Sayang, Aryan sayang.." Perlahan je suami aku bisik.

Tiba tiba Dr Seri beritahu nak jahit sikit. Tapi sakit jahit tu tak rasa dah sebab sakit contraction tu lagi sakit dari jahit. Doktor belek belek uri, rupanya ada luka dekat uri.

"Baby ni pandai, dia tahu he is in danger, thats why dia nak keluar awal.."

Luka dekat uri tu tak boleh nak detect tak boleh nak scan. Dan kalau biar lama, baby boleh meninggal dalam perut. Sebab ada kes baby meninggal dalam perut, bila cek, rupanya uri luka.

Alhamdulillah..


Tak lama lepastu, Dr Seri keluar, nurse pun sama. Suami aku pulak baru nak pergi solat Subuh. Aku pulak ada nurse datang pakaikan maternity pad dengan beritahu aku kedudukan rahim aku sekarang. Nurse tekan tekan rahim aku. Dia mintak aku rasa. Macam belon kecut terguling guling dalam perut ha. Bila tekan, darah keluar.

Nurse mintak aku berehat. Aku tido.. penat oi oi.

Bila terbangun, Suami ada dekat aku. Selang 2 minit macam tu, makanan sampai - English breakfast. Breakfast dalam labour room kott. Tercengang cengang aku dengan hasben ha. Waiter tu hulur buku menu mintak order untuk hari tu. Nasib baik la suami ada, dia la yang aturkan menu aku hari tu.

Settle bab makan, baru suami mintak diri turun bawah nak uruskan registration. Dah setel register, nurse datang tolak aku transfer masuk ward.

Kat bawah ni aku selit sikit rupa dalam labour room....

Rupa lampu nak check baby. Tak la scary macam dalam muvi tu


Ni apa yang ada bawah kaki aku. Siap ada tv. Apron depan tu bukan apron masak tau. Tu apron yang Dr pakai masa aku nak bersalin. Omey angatttt !

Ni pintu keluar dari labour room.


Tu dah sampai breakfast sekali dengan jus. Bila tengok gelas kertas tu baru aku teringat, masa aku sakit contraction tu, nurse ada bagi aku telan ubat tahan sakit. Kerusi seblah troli tu la tempat hasben aku sambung kerja dia. Time isteri nak bersalin tu la tiba tiba datang issue kan - ayat hasben aku lepas aku bersalin.

Apa apa pun, terima kasih tak tercapai cakerawala dekat hasben tercinta, Dr Seri dan juga staff nurse. Kekadang risau jugak nak bersalin sebab selalu terhidang cerita momok dekat facebook pasal nurse yang 'mulut manis' time kita nak bersalin. Tapi alhamdulillahhh, nurse kat sini memang baik, penuh positif dan bagi service tip top.

Next time aku cerita kisah aku stay dekat hospital ni seminggu dan berkampung dekat sini dua minggu. Jugaaa total ongkosnyaa..