Friday, November 18, 2022

29w pregnant!

Oyeah! Alhamdulillah hari ni dah genap 29 minggu usia kandungan.

What a milestone!

Kenapa teruja takjub sangat? Sebab aku ni selalu beranak tak cukup bulan. Bila start 25 minggu dah datang contraction la, rasa sengugut, macam2. Anak kedua pun minggu 26 siap ada bukaan 7cm 😂. Berkat doa ikhtiar, dapat la jugak bagi dia keluar minggu 31 tu.

Kali ni minggu 29 masih okay, tadek contraction, tadek tanda tanda awal bersalin. Arabin pessary ni macam sesuai je dengan aku kan. Alhamdulillah.

Hari ni jugak genap 7 hari aku dalam ward ibu bersalin aka obstetric ward. Sebelum ni sebulan lebih aku dekat ward gynae.

Apa beza dua ward ni?

Ward first tu untuk pantau arabin pessary yg doc masukkan kat aku. Ward ni untuk wanita2 yang ada masalah perempuan macam cyst, kandungan ektopik, gugur, mengandung dngn kencing manis darah tinggi, etc. Kat ward ni aku stay dalam class 2 - bilik aircond dengan 4 katil.

Ward sekarang ni ward ibu bersalin. Aku dimasukkan ward ni atas sebab kandungan dan cecah 28 minggu. Jadi, pemantauan selanjutnya, doktor dan nurse ward ni yang akan handle. Ward baju pink. Semua yang masuk memang untuk bersalin je. Kat sini aku stay wad kelas ke tiga - sebijik macam asrama. Pengalaman baru sebab tak pernah ada pengalaman macam ni.

Awal awal stay class 3 ni, jiwa meronta nak discharge. Panas, ramai orang, tak privacy, bising bunyi baby, bising bunyi mesin ctg.

Perangai diva yg sebelum ni stay in ward harge rm250 dngn rm1200 semalaman selama seminggu (ank pertama), sbulan setengah ( ank kedua) memang mencanak2.

Rasa tak selesa. Rasa awkward. Dan aku banyak diamkan diri tak bertego dengan jiran sebelah. Ampunkan saya.

Tapi lepas dah 7 hari dekat sini, rasa dah dapat adapt 😂 Tahu nikmat bersyukur. Dapat tengok kesusahan orang lain. Tapi jangan main main tau.. class 3 pun semua pakai iPhone kamera mata tiga -- 12 xpun 13 max kan. Tudiaa.. aku je masih pakai xiomi dengan sticker lekat2. Jenis tak kesah pasal gadjet kan.

Dan dekat sini, suasana macam family family.  Bertegur sapa, ramah mesra dan tak kenal batang hidung pun tiba tiba datang kat katil kita bertanya khabar. Rasa macam kena lempang pun ada. Kenapa laa aku tak semesra macam tu.

Mungkin andai kata panjang umur murah rezeki aku stay ward ni sampai dua bulan, lagi banyak soft skill yang aku boleh dapat. Erti syukur, erti down to earth dan hormat menghormati. Budi bahasa itu budaya kita. Silalah berkawan dengan ramai orang dan jangan nak duduk dalam bilikk je selalu.

Hidup tu sekali je. Cari dan cubalah pengalaman yang lain lain.

Sekian :)



Friday, October 28, 2022

day 14 @ HTJ

Semalam check panjang serviks selepas 2 minggu.

Kettaqq tangan nak masuk bilik treatment tu sebab risau, fobia, terngiang ngiang 5 tahun lepas bila check cervix doc bagitau cervix awak 1 cm je, bila bila masa awak deliver.

Alhamdulillah check semalam panjang cervix at 25w 5 days -- 3.4cm. Doc nak scan guna TVS aka scan ikut bawah tu tapi sebab ada arabin, jadi tak nampak sangat. Maka doc buat takat mana yang mampu dengan scan and check panjang cervix guna scan perut tu je. Bacaan mungkin tak tepat tapi at least boleh la bagitau lebih kurangnye tu.

Jadi hari ni.. aku nak list teman teman sebilik:

14. Syafiqah - agent coway. masuk sebab cramp lagi lagi dia baru tau dia pregnant 5 minggu. Check dekat klinik, tak nampak kantung. Jadi klinik refer to hospital. Mcam biasa, doc amek darah, kena tunggu 48 jam untuk tengok bacaan HCG double ke tak. Hari kedua tu, amek darah dan result darah tak dapat lagi tapi doc scan. Haaa.. masa tu dah nampak kantung dengan janin kat dalam. Maka boleh terus balik tak payah tunggu result darah keluar.

15. Wani - wani masuk sebab tiba tiba sakit perut. Pegi klinik, buat UPT tiba tiba dapat tau dia positif. Pregnant. Doc check rahim tapi tak nampak kantung dalam rahim. Tapi doc mention nampak something dekat tiub sebelah kiri dan mintak refer ke hospital untuk further check.

Dipendekkan cerita, doc hospital mintak buat laparoskopik sebab nak tengok dan cari sendiri dan confirmkan ada janin ke tak dekat tiub. Menangis jugak la dia masa doc explain sebab dia bagitau janin yg mcm nampak tu dekat tiub kiri. Dan tiub kiri dia memang doc sblum ni bagitau blocked. Dan doc memang pernah bagitau bila dah block kemungkinan dapat ectopic pregnant. 

Jadi sekarang, mmg betul la apa yg doc sebelum ni bagitau - ectopic. Wani ni tak nak buat laparoskopik tapi sebab doc explain bahaya kat dia, maka dia proceed. Walaupun risknya ialah tiub terpaksa potong. Wani cakap la doc sblum ni dah bagitau ovari kiri dia je yg active tapi tiub kiri pulak yg block. Malam tu jugak dia masuk bilik bedah.

Esoknya tu, doc pakar datang tunjuk finding dorang. Memang dah bengkak dah tiub dan nasib baik cepat. Tiub selamat tak buang. Doc just buang janin tu je la. Janin ke.. ke zigot ke embryo..

16. Hanim - masuk pun sama sebab ektopik. Tapi masa datang hospital doc scan nampak kat tiub. Sebab BMI issue, tak boleh buat laparoskopik, kena czer. Jadi terus czer malam tu, duk wad semalaman boleh terus balik.

17. Taksempattanyanama - masuk sebab cramp perut. 5 mgu pregnant. Kat klinik x nampak kantung jadi klinik refer hospital. Sampai hospital, dia baru letak beg, nak tukar baju, sempat la sembang dengan aku, tiba2 nurse masuk bagitau doc nak scan.

Siap scan, dia bagitau nampak je kantung dalam rahim. Maka, tukar baju balik, boleh discharge.. haha! Tak sampai 30 minit duduk ward.

18. Zati kot.. ke aku reka - masuk sebab demam masa pregnant. Malu malu dan sentiasa nampak macam dia tengah buat salah. Adehh. Serba salah aku nak tegur. Dia duduk depan kaunter nurse mula mula sebab under observation kan. Lepastu masuk dalam bilik aku ni. Semalaman je stay lepastu petang dah boleh discharge

Itu sahaja setakat hari ni..

Hari ni tukar langsir dari peach ke biru.

Monday, October 24, 2022

Day 12 @HTJ


Hari ni hari ke 12 berkampung di HTJ ni. Sekarang ni pukul 6.30ptg. Jadi, ada masa kita tulis sikit nota. Bilik ni ada 4 katil. Dan baruu je tadi teman sebilik dah discharge. Mari kita kira dah berapa orang yang pernah jadi teman sebilik aku selama 12 hari ni 😂

1. Mimi - masuk sebab suspected ectopic pregnant. 7 taun menanti zuriat, dan kali ni mengandung asbab ivf. 2 embryo dimasukkan tapi yang nampak kantung 1 je. Lagi satu MIA.

Doc risau yang lagi satu tu ectopic. Lagi satu kantung ada dalam rahim cuma bacaan HCG tak cantik. Mungkin janin tak menjadi atau tak terbentuk elok. Jadi, keputusannya, czer untuk cari kalau ada ectopic. Tapi masa czer tak jumpa pun ectopicnya. Jadi terus cuci rahim.

2. Unknown blonde lady - tak sempat nak tanya sebab masuk malam, pagi dah keluar. 

3. Ira - masuk sebab gugur. Datang seremban dari melaka sebab kenduri tiba tiba turun darah. Doc suspect ectopic jugak sebab bacaan hcg turun sikit. Sebab dah tengok mimi kena czer tapi tak jumpa pun ectopicnya, mimi mintak discharge nak balik melaka atau refer hospital melaka.

4. Yani - kencing manis. Suami kerja offshore, kalau msg pun, esok baru delivered. Ada anak perempuan sorang. Mintak discharge dengan doktor sebab anak umur 11 tahun jiran tengokkan dan jiran nak pegi somewhere. Jadi kak Yani terpaksa mintak discharge atas risiko sendiri.

5. Tira - nurse kk. Masuk sebab masa nak pergi buka buku pink tiba tiba ada darah. Terus refer hospital. Doc sahkan gugur. Duduk hospital sebab nak monitor hcg. Lepastu doc confirm gugur, boleh keluar.

6. Mas - nurse kk. Masuk sebab ada bleeding. Rupanya ada polips dekat pangkal rahim. Doc dah buang tapi monitor sebab nak betul betul pasti dah tak ada bleeding.

7. Lupa nama walhal sembang banyak - bekas nurse HTJ baru tukar pegi kk 3 bulan lepas. Masuk sebab gugur tapi UPT still positif lepas 3 minggu. Buat laparoskopik sebab doc suspect kandungan yang gugur tu dekat luar rahim. Resultnya, memang betul luar rahim dan doc dah remove masa operation tu.

8. Tak ingat nama, malay lady - masuk sebab anemia.

9. Tak ingat nama, malay lady - masuk sebab kencing manis. Yang no.8 dngn no.9 ni katil sebelah sebelah tapi dorang tak bercakap. Heran...

10. Cheryn - ye kot eje nama macam ni. Orang sarawak. Masuk sebab turun darah, pergi kk baru dia tahu yang dia pregnant dan dalam proses gugur. Gugur tapi bacaan hcg turun sikit sikit. Jadi macam biasa, laparoskopik. Doc jumpa embryo dekat tiub. Jadi, doc potong tiub sebelah.

11. Unknown, bold sabahan lady - tak sempat tanya jugak walaupun katil sebelah sebab dia masuk tengah malam. Paginya dah bising bising mintak discharge. Doc pun kecoh kecoh sebabnya husband dia call marah marah doc kenapa wife dia kena warded sebabnya dia nak kerja dan anak tadek orang nak jaga.

12. Unknown - indian girl. Tak bercakap. Segan jugak nak tanya nama. Masuk setengah hari lepastu nurse letak dia dekat kaunter sebab nak pantau. Tak tau kes apa.

13. Kak syida - kalau nama betul. 42 taun. Pregnant tak rancang sebab anak dah besar. Masuk sebab darah tinggi dengan kencing manis.

Counting..




Thursday, October 13, 2022

Day 1 @HTJ

Semalam ada routine appointment dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk follow up Arabin pessary yg dorang insert 2 minggu lepas.

Bila jumpa doc, doc refer kat dia punya 'boss' terus mintak aku warded on the spot untuk pantau cervix aku sebab incompetence cervix.

Kena bedrest sampai bersalin. Masa tu rasa gelap dunia. Dalam fikiran bercabang cabang. Tak boleh nak digest macam mana susah husband aku nak manage kerja, anak anak dengan ayah aku.

Doc buat TVS, cervix aku still okay - panjang 3.2cm untuk aku yang sekarang ni 23 minggu.

Maka dah siap, aku message suami aku mintak pickup aku dan bagitau la aku kne warded. Time tengah taip, time tu jugak aku menangis berhujan tak henti. Nasib laa pakai mask kan. Tak la nampak sangat macam drama.

Balik je, terus pickup budak budak, makan, kemas bag, ngam pukul 5.40 petang sampai hospital. Buat swab test, boleh la masuk ward. Nak naik ward pulak tiba tiba guard bagitau budak budak tak boleh naik. Allah.. nak tinggal macam mana. 

Maka husband bagitau kat abang dengan adik, duduk sekejap kat kerusi. Ayah nak naik dengan ibu. Elok pulak budak dua orang tu senyap. Okay la kot sebab guard ada.

Naik atas, isi borang, sign sign sikit terus tukar baju. Aku mintak husband aku turun cepat sebab risau budak budak kat bawah. Sebenarnya aku berat hati. Rasa nak menangis lagi. Tapi kali ni kalau aku start menangis memang setengah jam tak boleh nak berenti 😂

Maka cepat cepat aku mintak husband aku turun. Dan aku tak toleh pun husband aku tinggalkan wad. Tak boleh.. lagi aku tengok lagi aku tak kuat.

Lepastu nurse tunjukkan katil - dalam bilik, ada 4 katil, satu bilik mandi sekali tandas dengan lagi satu bilik tu toilet je.

Malam tu tak ada makanan. Laparnye la 😑 satu malam aku tak boleh tidur sebab serabut, fikir banyak, lapar satu hal dengan duk menangis.

Okay. Sudah.

Meh cerita day 1 pulak:

Pukul 5.30 pagi ada nurse masuk cek BPA, pukul 8pagi, pukul 3ptg. Dalam tenghari doc ada masuk tanya2 dan check perut.

Ni menu aku hari ni 

Breakfast : roti keras dengan jam stoberi + air milo. Bab makan memang la aku titik berat (read:demand 😂). Sebab pernah stay sebulan dekat pcmc kan masa bedrest nak bersalin anak kedua. Jadi kalau tak dapat croissant, at least nasi goreng. Demand nyarhhh!

Tapi dapat roti dengan jem 😔
Its okay.. its okay. Alhamdulillah ada rezeki.

Next, lunch:
Nogori.. sepadan. Sedap jugak. Tapi nak tunggu puku 12 lunch ni, berkeriang keriuk perutku.

Teatime:

Macam ni hidangnya 😂 okay. Alhamdulillah. Lapar babe. Teatime dlm pukul 3ptg. Makan untuk atasi lapar.
Dinner dlm pkul 6ptg :

Taraaa! Kenapa biarkan tempat tu kosong. Kalau aku hidang, wajib aku letak telur masin ke, buh orange sunkist ke biar tadek tinggal kosong tu.
Pkul 6.40 mcm tu suami datang. Gembiranya!!! Walaupun aku sendiri bagitau tak payah datang. Yela, pertama kesian kat suami. Kedua risau jadi berat hati.

Itu je setakat hari ni. Semoga baby sihat kat dalam ni, enjoy food dan keluar sihat cukup bulannya. Amin

Wednesday, October 12, 2022

bila dtg rindu

 ni emosi buat perangai.

Saje saje aku tekan nombor phonen mak.
Saje saje aku nak tengok screen phone yang aku tengah call mak.

Tiba tiba 'mak' call balik.

Ya Allah.. dah lama aku tak nampak skrin ni. Gembiranya rasa....

Tiba tiba aku jadi macam terbang. Khayal. Mak ada.. 

Mak ada..

Elok emosi aku macam ni, air mata mencurah curah. Allah sayang aku ni, ngam ngam jiran katil sebelah buka radio ayat quran. Terus mati bermain rasa hati.

Mak dah tak ada. Itu realiti. Emosi, mainan syaitan ni.

Terus aku reply dekat yang bagi message tanya siapa aku duk call dia 😂

Terima kasih call saya.

Aku terus block nombor dia dan aku block nombor mak ak -- pernah jadi no.mak aku.

Aku tak boleh move on? Takkan boleh. Cuma kerja, kehidupan seharian yg busy je yang buat aku 'lupa'.

Jadi! Marilah busykan diri !

Sunday, August 14, 2022

First Visit KPJ Seremban

Assalamualaikum, selamat tengahari.

Hari ni alhmdulillah dah masuk 15 minggu 2 hari usia kandungan.

Dan hari ni juga kali pertama aku jejakkan kaki ke KPJ Seremban untuk first antenatal visit. First impression - parking. 3 kali pusing cari parking. Menguji minda dan kesabaran sangat 😅

Masuk lobby, aku dah overwhelm dengan banyak signboard tapi aku jalan menonong eh eh jumpa lift. Nak tunggu lift, ramainya orang tunggu sekali sebab anak pertama dan kedua selalu naik kami kami je, jarang sangat naik lif ada orang lain (jngn nk diva sangat please)..

Daftar amik nombor pukul 10.41am, dipanggil masuk bilik doctor dalam pukul 1pm. Macam biasa, doktor dah tergelak tengok buku pink aku - katanya banyak betul cerita awak dari first pregnancy sampai 2nd pregnancy. Ya doktor, kisah saya memang panjang 😂

Jadi doktor bagitau, KPJ Seremban tak terima kandungan bawah 35 minggu. Dengan erti kata lain, ibu mengandung takboleh deliver di KPJ pada usia 35 minggu. Macam kes aku sebelum ni deliver 32 & 31 minggu, memang sah sah kes aku kena tolak.

Katanya, sebab KPJ Seremban tak ada NICU, hospital private sekitar Seremban - Columbia pun tak ada, Sihat hospital pun tak ada, Mawar Hospital pun tak ada. KPJ yg ada tawarkan NICU ialah KPJ Damansara dengan KPJ Putri.

Pernah ada kes katanya patient beliau dah nk bersalin, dah sampai di KPJ Seremban tapi sebab tak ada NICU, beliau terpaksa call hospital2 Government yang lain - HTJ, HKL, Putrajaya tapi semua hospital reject sebab patient beliau tak pernah buka buku pink, follow up semata mata dngn KPJ sahaja. Penting tau buku pink tuu..

Jadi beliau suggest direct pergi ke hospital Serdang sebab beliau tak call hospital untuk maklumkan ada pesakit nak datang. Nakal tau doktor sebab nak buat surprise kat hospital, nak tak nak hospital memang kena trima la.

Sama kes aku dulu dari PCMC keluar pegi ke hospital putrajaya tapi putrajaya tak dapat nak provide incubator sebab dah penuh, tapi kalau bersalin kat putrajaya juga, dorang akan transfer baby samada ke penang atau johor - sebab tu time tu kami patah balik pergi PCMC, 26 minggu masa tu. Sebulan bed rest dekat PCMC, baby 3 minggu stay in NICU. Masa tu dah ada bukaan 7 cm tapi berjaya hold pregnancy sampai sebulan. Kos ibu + anak dekat PCMC masa tu (5 taun lepas) dlm 50k++ ringgit... *nanges*

Maka kali ni, andai baby berjaya tahan sampai 35 minggu, mungkin KPJ jd tempat bersalin, kalau tak, HTJS jadi tempat gantian 🙂

Apa apa pun, doakan yg terbaik, semoga baby sihat, cukup bulan. Aminaminamin!

Friday, February 11, 2022

Atkins day 4 2022

Hari ni breakfast skip. Sebab rumah habis telur.. haha!

Maka tengahari budak2 ni ajak pegi sushi king. Maka dekat sushi king, aku order salmon yang dengan timun tu. Lepastu geram tengok sushi beratur bergerak atas belt tu, aku makan la jugak topping ikan, dengan yang telur 2 biji. Golden egg kot nama dia.

Lepastu air dia, green tea la harusnya.

Dah habis, macam biasa budak2 ni ajak pegi indoor playground. Ibu pun jadi gad je la berhuhuhaha dalam tu tengok dorang bergumbira tepuk tangan sama sama.

Sebab post ni aku khususnya untuk menu atkins, dah tak mau lah aku bercerita pasal budak budak kann.. sori ye anak anak. Ibu kena fokus penurunan berat badan ni.

Haa.. sambung balik. Lepas berjimba dengan anak anak, tekak ibu meronta nak kopi. Kopi shop yang tak letak gula - coffee bean dengan stabak yang kita boleh request untuk customize.

Makanya..

Anissa kau nama aku 😂

Omeyy!

Okay2. Anissa request kopi tanpa gula. Dorang suggest americano. Taknak ah. Pait !

Maka, aku redhakan sikit carb intake - guna susu. Coffee + almond milk.

Taraa ! Jadilah latte 😂

Semoga malam nanti bila check keto strip, aku tak terlalu sedih.