Thursday, August 4, 2016

Kali pertama makan.

Bismillah..

Oleh sebab last checkup doktor sangat sangat tekan kan Aryan makan dengan serious, aku pun dengan happynya dan dengan jayanya sambut seruan doktor tu.

Ngam ngam pulak, baby food machine dah sampai ke tangan aku. Food machine no. Pada pandangan aku, murah la kot aku beli banding yang aku survey survey. Aku beli dekat pasar maya - instagram.



Food processor tu harga RM175, bekas simpan puree baby ni RM20. Total RM195 termasuk postage. Instagram: barang.murah.baby

Memang best guna blender ni. Haa.. blender dah senang sebut. Dia steam dan kisar dalam bekas yang sama. Tak payah lepas steam nak angkat, letak tempat lain, masuk dalam blender lain pulak lepas tu baru tekan nak blend. Yang ni senang. Set lama mana nak steam, lepas tu kita blend terus dalam bekas sama.

Masa suap dekat Aryan, member buat muka pelik. Tapi duk nganga nak lagi dan lagi dan lagi. Lepastu menjerit nangis sebab ingat kita sengaja lambat lambat bagi dia makan. Walhallll.. lambat nak sudukan, suap kat dia je. Selang masa tangan hayun nak kaup puree dalam sudu, hayun lagi nak suap ke mulut dia - tu pun dia rasa lambat dan lama kot.

Meal ditutup dengan bagi air masak.

Lepas tu, terbongkang tidur.... Aryan la yang tido. Bukan ibunya.. LOL!

Aryan 7 bulan.

Bismillah.

Kekonon nak jadikan belog ni catatan harian. Eheh!

Aku pegi baca balik post aku yang sebelum sebelum ni. Semua mendatar je. Tadek feeling. Mood sedih kot. Semua pasal Aryan yang merisaukan. Sampaikan sembelit pon nak risau. Haha!

Well, lagi 3 hari, Aryan genap 7 bulan tengok dunia. Umur Aryan yang sepatutnya pulak, baru 5 bulan+.

Aryan dah start makan dah sekarang. Mula mula aku tak nak bagi masa checkup sebelum ni. Sebab doktor just beritahu - you can start feeding him. Maka, aku bagi rasa rasa hujung lidah dia je. Klimaknya, masa raya, tok wan sedara dia duk geram tengok Aryan bulat duk cup cap cup cap terliur tengok orang makan. Dia terus ambil tembikai, suap dekat Aryan. Memang seronok la member hisap.

Esoknya pulak kena suap dengan anggur. Sebenarnya dua dua jenis buah ni aku risau nak bagi. Sebab ramai sangat kekawan ofis beritahu, jangan bagi first food baby buah anggur dengan tembikai sebab nanti baby batuk.

Aku malas la nak percaya. Buah. Ada apa je pun dengan buah. Manis macam tu la. Lepas balik raya, tu diaaaa.. Haru Aryan batuk. Batuk teruk dengan kahak sekali.

Kebetulan mungkin yang buah ni ada kena mengena dengan batuk. Wallahualam. Tapi, kerana dah banyak kes, aku harap lepas ni jangan la bagi baby baby makan dua jenis buah ni. Kesian dekat dorang.

Maka, sebab Aryan batuk sampai dia tak tidur malam, kami bawak la Aryan ke klinik feveret - Poliklinik Cahaya dekat Ayer@8. Ni la klinik yang aku check paras hormon aku sebab aku nak pregnant - kes aku ni jenis period tak betul. Ni jugak la klinik yang confirmkan yang aku pregnant - scan nampak kantung bulat kecit. Klinik ni jugak la first checkup pregnant aku sebelum pergi ke KKM dan sebelum masuk checkup queue Prince Court.

Dah kenapa terharu sangat ni?

Dekat klinik ni, doktor just bagi nebulizer ke apa yang topeng tekup muka. Doktor just letak air biasa, tak campur dengan ubat. Doktor mintak Aryan hidu untuk cairkan kahak. Dalam bilik tu, just aku dengan suami je. Kelakar masa nak tekup hidung Aryan dengan topeng tu. Juih panjang bibir dia nak nanges tengok berkepuk kepuk asap putih keluar.

Dipendekkan cerita, tak sampai 2 hari, alhamdulillah batuk Aryan dah hampir hilang. Dalam sehari sekali macam tu je Aryan batuk. Suami aku beli ubat asma mujarab tu sekali. Bila sapu ubat tu, esoknya, batuk Aryan totally hilang dah.

Minggu depannya, check up Aryan 6 bulan. Last check up untuk tahun ni. Next check up tahun depan pulak untuk check up 1 tahun.

Masa jumpa doktor, tak tahu la kenapa Aryan jadi excited tengok barang menan bilik doktor tu. Ye, memang selama ni barang menan banyak dalam bilik doktor. Tapi bukan dia kesah pun. Datang kali ni, bukan main lagi dia tepuk tepuk segala mainan atas meja doktor sampai doktor nak bercakap pun haru.

Kali ni, doktor advise, kena serious bagi makan dekat Aryan. Baby 6 bulan, kena makan 3 kali sehari:

# pukul 9 pagi  & 12 tengari & 3 petang
 tunggu dia betul betul lapar, dan bagi dia makan. Lepas makan, bagi dia minum air masak. Jadikan meal ni pengganti susu dia. Means, dia tak minum susu dah.

waktu waktu lain, bagi susu.

Aku ni dah tak breastfeed Aryan. Bab ni nanti aku catat post nanti nanti.

Check up 6 bulan ni, berat Aryan 8 kilo dah. Masa jumpa doktor pun doktor gelak.Tapi ayat doktor memang menyenangkan hati :- sebab tak nak panjang berjela, buat point je la..

1) Baby saya berat ke?
- Nope. Biar la, dia nak jadi a bigg boyy.

2) Macam mana graf baby saya? Normal ke? - kes lepas keluar hospital dari NICU, first check up, berat Aryan tak sampai targeted weight.
- Very good. Graf Aryan cantik dah, sama macam baby umur dia lahir (6 bulan even aryan baru 4 bulan+)

3)Aryan batuk. Macam mana doktor?
- Batuk teruk ke? Kalau batuk sikit sikit tu ok je. Nanti dia recover sendiri.

Ayat doktor semua jenis rilek, tenang abadi. Tak kecoh, tak serabut, tak stress. Biasa la kita ibu ibu ni, asal anak ada masalah, kita dah risau tahap nak kena berenang lautan Pasifik.

Oleh sebab ni last jumpa doktor dalam 6 bulan akan datang, doktor banyak pesan, nasihat banyakkan masa dengan baby. Biar kita yang mandikan dia, basuh poo poo dia, bagi dia semangat nak berguling nak meniarap, suapkan dia makan, main gelak sama sama.

"If you let other people do what you - as a parents suppose to do, so, how can you know your child?" ayat doktor kes orang sekarang banyak jadikan pengasuh untuk ganti tugas mak ayah. Dan anak menangis, tapi mak ayah tak tahu anak tu sebenarnya nak apa. Memang sungguh sungguh doktor tekankan pasal ni.

Balik dari hospital, ilmu dapat, nasihat dapat, receipt bayar Prince Court pun dapat. Thehehee.....



- tak termasuk charge consultation doktor : RM 120. Total semua, dekat 600 gak la. Demimu anak....



Ni la budak debab. Ni dah cecah 9 kilo ape. Cepatnya Aryan besar, lahir dulu 1.9kg je. Keluar dari NICU, 1.8kg. Betul la kot orang kata, baby premature ni cepat besar. Jadi ibu ibu yang ada baby premature, say Alhamdulillah, Allah pilih kita, bukan orang lain :)