Sunday, August 14, 2022

First Visit KPJ Seremban

Assalamualaikum, selamat tengahari.

Hari ni alhmdulillah dah masuk 15 minggu 2 hari usia kandungan.

Dan hari ni juga kali pertama aku jejakkan kaki ke KPJ Seremban untuk first antenatal visit. First impression - parking. 3 kali pusing cari parking. Menguji minda dan kesabaran sangat 😅

Masuk lobby, aku dah overwhelm dengan banyak signboard tapi aku jalan menonong eh eh jumpa lift. Nak tunggu lift, ramainya orang tunggu sekali sebab anak pertama dan kedua selalu naik kami kami je, jarang sangat naik lif ada orang lain (jngn nk diva sangat please)..

Daftar amik nombor pukul 10.41am, dipanggil masuk bilik doctor dalam pukul 1pm. Macam biasa, doktor dah tergelak tengok buku pink aku - katanya banyak betul cerita awak dari first pregnancy sampai 2nd pregnancy. Ya doktor, kisah saya memang panjang 😂

Jadi doktor bagitau, KPJ Seremban tak terima kandungan bawah 35 minggu. Dengan erti kata lain, ibu mengandung takboleh deliver di KPJ pada usia 35 minggu. Macam kes aku sebelum ni deliver 32 & 31 minggu, memang sah sah kes aku kena tolak.

Katanya, sebab KPJ Seremban tak ada NICU, hospital private sekitar Seremban - Columbia pun tak ada, Sihat hospital pun tak ada, Mawar Hospital pun tak ada. KPJ yg ada tawarkan NICU ialah KPJ Damansara dengan KPJ Putri.

Pernah ada kes katanya patient beliau dah nk bersalin, dah sampai di KPJ Seremban tapi sebab tak ada NICU, beliau terpaksa call hospital2 Government yang lain - HTJ, HKL, Putrajaya tapi semua hospital reject sebab patient beliau tak pernah buka buku pink, follow up semata mata dngn KPJ sahaja. Penting tau buku pink tuu..

Jadi beliau suggest direct pergi ke hospital Serdang sebab beliau tak call hospital untuk maklumkan ada pesakit nak datang. Nakal tau doktor sebab nak buat surprise kat hospital, nak tak nak hospital memang kena trima la.

Sama kes aku dulu dari PCMC keluar pegi ke hospital putrajaya tapi putrajaya tak dapat nak provide incubator sebab dah penuh, tapi kalau bersalin kat putrajaya juga, dorang akan transfer baby samada ke penang atau johor - sebab tu time tu kami patah balik pergi PCMC, 26 minggu masa tu. Sebulan bed rest dekat PCMC, baby 3 minggu stay in NICU. Masa tu dah ada bukaan 7 cm tapi berjaya hold pregnancy sampai sebulan. Kos ibu + anak dekat PCMC masa tu (5 taun lepas) dlm 50k++ ringgit... *nanges*

Maka kali ni, andai baby berjaya tahan sampai 35 minggu, mungkin KPJ jd tempat bersalin, kalau tak, HTJS jadi tempat gantian 🙂

Apa apa pun, doakan yg terbaik, semoga baby sihat, cukup bulan. Aminaminamin!