Thursday, October 13, 2022

Day 1 @HTJ

Semalam ada routine appointment dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk follow up Arabin pessary yg dorang insert 2 minggu lepas.

Bila jumpa doc, doc refer kat dia punya 'boss' terus mintak aku warded on the spot untuk pantau cervix aku sebab incompetence cervix.

Kena bedrest sampai bersalin. Masa tu rasa gelap dunia. Dalam fikiran bercabang cabang. Tak boleh nak digest macam mana susah husband aku nak manage kerja, anak anak dengan ayah aku.

Doc buat TVS, cervix aku still okay - panjang 3.2cm untuk aku yang sekarang ni 23 minggu.

Maka dah siap, aku message suami aku mintak pickup aku dan bagitau la aku kne warded. Time tengah taip, time tu jugak aku menangis berhujan tak henti. Nasib laa pakai mask kan. Tak la nampak sangat macam drama.

Balik je, terus pickup budak budak, makan, kemas bag, ngam pukul 5.40 petang sampai hospital. Buat swab test, boleh la masuk ward. Nak naik ward pulak tiba tiba guard bagitau budak budak tak boleh naik. Allah.. nak tinggal macam mana. 

Maka husband bagitau kat abang dengan adik, duduk sekejap kat kerusi. Ayah nak naik dengan ibu. Elok pulak budak dua orang tu senyap. Okay la kot sebab guard ada.

Naik atas, isi borang, sign sign sikit terus tukar baju. Aku mintak husband aku turun cepat sebab risau budak budak kat bawah. Sebenarnya aku berat hati. Rasa nak menangis lagi. Tapi kali ni kalau aku start menangis memang setengah jam tak boleh nak berenti 😂

Maka cepat cepat aku mintak husband aku turun. Dan aku tak toleh pun husband aku tinggalkan wad. Tak boleh.. lagi aku tengok lagi aku tak kuat.

Lepastu nurse tunjukkan katil - dalam bilik, ada 4 katil, satu bilik mandi sekali tandas dengan lagi satu bilik tu toilet je.

Malam tu tak ada makanan. Laparnye la 😑 satu malam aku tak boleh tidur sebab serabut, fikir banyak, lapar satu hal dengan duk menangis.

Okay. Sudah.

Meh cerita day 1 pulak:

Pukul 5.30 pagi ada nurse masuk cek BPA, pukul 8pagi, pukul 3ptg. Dalam tenghari doc ada masuk tanya2 dan check perut.

Ni menu aku hari ni 

Breakfast : roti keras dengan jam stoberi + air milo. Bab makan memang la aku titik berat (read:demand 😂). Sebab pernah stay sebulan dekat pcmc kan masa bedrest nak bersalin anak kedua. Jadi kalau tak dapat croissant, at least nasi goreng. Demand nyarhhh!

Tapi dapat roti dengan jem 😔
Its okay.. its okay. Alhamdulillah ada rezeki.

Next, lunch:
Nogori.. sepadan. Sedap jugak. Tapi nak tunggu puku 12 lunch ni, berkeriang keriuk perutku.

Teatime:

Macam ni hidangnya 😂 okay. Alhamdulillah. Lapar babe. Teatime dlm pukul 3ptg. Makan untuk atasi lapar.
Dinner dlm pkul 6ptg :

Taraaa! Kenapa biarkan tempat tu kosong. Kalau aku hidang, wajib aku letak telur masin ke, buh orange sunkist ke biar tadek tinggal kosong tu.
Pkul 6.40 mcm tu suami datang. Gembiranya!!! Walaupun aku sendiri bagitau tak payah datang. Yela, pertama kesian kat suami. Kedua risau jadi berat hati.

Itu je setakat hari ni. Semoga baby sihat kat dalam ni, enjoy food dan keluar sihat cukup bulannya. Amin

No comments:

Post a Comment