Saturday, August 26, 2017

Dari labour room ke ward biasa

Hari kames 24hb
----------------------
Seond day warded.

Procedure ikat serviks ak tak buat sebab percentage bjaya sangat kecik dan risau the side effect. Aku bgtau nurse pagi tu yg ktorg nk discharge sebab dah tau nnti baby lama dalam nicu susah nk ulang alik. Tengari tu dr dtg masuk bilik ak dan ak bgtau yg aku nak discharge.

Dia kata ok dan prepare segala discharge doc sekali dengan total bil.

Nak dijadikan cerita, insurans tak lepas lagi. Isnurans proses dalam 2 hari baru boleh release payment. Lepastu suami aku trus call ke us ke mana tah direct ke insurans. Tak lama lepas tu, payment setel. Pukul 6.30 kitorf diacharge.

Hasben dngn aryan pegi amek kete, nurse pulak tolak ak guna wheelchair. Dorg btul2 mintak ak jngn terentak, slow2 sbb cerviks dan sngt2 nipis. Bila2 masa boleh deliver.

Pukul 7.15 mlm mcm tu, ktorg smpai hspital putrajya.

Sampai dewan bsalij, nurse mntk ak tgu - ak xsempat lg nk bgtau apa. Tp sbb nurse kat pcmc pesan klo dorg delay, inform terus sbb keadaan xizinkan tunggu lelama. Jd, aku hulur surat refer dr hspital, bgtau keadaan ak.

Nurse kt ctu tanya lg ak - ada rasa sakit ke, air pecah ke, kuar drh ke. Ak kata tak. Cuma serviks dh pendek dan bby mgkin perlu nicu.

Lepastu br dorg msuk pgl doc. Doc baca kuat2 pnjg serviks ak dan lepastu terus tngk ak - kami tak dapat buat apa2. Awak akan deliver dlm 24 jam. Cuma, kami tadek ventilator sbb kami tak dimaklumkan. Kalau tdek ventilator, baby dlm high risk - mcm2 la bnda yg scary doc terang. Tp kami akan cuba bg yg tbaik untuk bg oksigen kat baby. Kalau manual pun manual lah. Tp risk tu sngt tinggi.

Oleh sebab kami tdek ventilator, klo akn cntact mne2 hspital yg ada ventilator. Kalau kat JB ada, ke JB lah kami hantar. Kalau Penang, Penang lah sebab kami br hantar baby ke JB sbb tdek ventilator free kt sini.

Sebab kami pn tak boleh la nak kuarkan baby semata2 nk tlg awk.

Tp kami cuba la mungkin ada baby yg boleh discharge dan masa tu boleh admit baby awk.

Untuk katil, smua katil penuh. Kat tepi tepi pun ramai yg tengah menunggu.

Boleh faham tak perasaan aku mcm mana time tu? Stress.

Tiba2 hasben ak smpai lepas siap parking kereta sume. Muka dia dh bengis amat dh. Dia tnya sikit2 je. Yg len ak tahan sbb rsau tkut hasben ak tgi suara.

Jd, ak bgtau hsben ak, kita patah blk pcmc demi baby sbb mmg ak dh nk bsalin dh pn ni. Klo tdek bntuan oksigen mcm mana??

So trus ktorg gerak ke pcmc. Ak kol nurse pcmc dan nurse mntk pegi bgian emergency, dorg sume stanby kt labor room.

Smpai emergency pcmc, statf sana trus tolak ak msuk labor room.

Di labor room, ak sempat solat kejap sblum tukar bju bedah.

Ak baring, dan segala bnde kat bdn ak dorg pasang - drip, amek drh, msuk antibiotik, cucuk kuat rahim, msuk ubat untuk lindung otak baby dan pasang tiub kencing. Rmai nurse msuk selang2 time bg smngt kat ak sume. Mmg terasa terharu amat. Hasben tak bleh msuk sbb ni labor room. Sbb ada baby kan. Hasben ak kol ak.. time tu dia nanges teruk dh.

Lame tu pas isyak skali lg hasben ak kol.. nanges lg. klo ak nanges gk sape nk bckp kan. Yela, stress, rsau. Kami bdua je yg handle pegi situ sini dngn baby. Pegi gh, gh tdek vebtilator nk support baby. Bnyknya dugaan...

Lepastu dlm pkul 10 hsben ak msuk jnguk jap. Nurse bagi msuk kot sbb hasben ak dh nk blk. Cengeng tol laa. Basah habis spek dia haa ak tngk. Hehe

Dlm pkul 2 pg, contraction dtg. Kuat dan kuat. Nurse msukkn ubat kt drip ak tp dpt hold 10 mnit je. Contraction dtg dan dtg lg. Terus nurse mntk call dr.

Bila cek bukaan, dh 6 cm..

Lepastu ak kne cucuk lg xsilap dan drip tukar dngn cecair len plk. Xlama lepas tu contraction slow down. Satu mlm ak xbleh nk tdo sbb ubat yg msuk dlm drip tu sakit yg amat.

Pagi tu, hasben ak dtg.. contraction dh slow down. Doc dtg cek, bukaan still 6cm. Dlm trnghari, seluk lg skali, bukaan jd 3cm dh.

Maka, petang tu ak ditukar wad, dr wad bsalin ke wad biasa (sabtu 3.30ptg)

Contraction lgsg nan hado. Alhmdulillah.

Maka, ak dpt antibiotik pg dngn mlm.. azabnye la bila nk cucuk msuk antibiotik tu. Tngn smpai ke bahu rasa sakit amat.

Ahad
--------

Hari ni pagi td sekali dpt antibiotik. Tengari dh dpt antibiotik telan. Alhmdulillahh legee xpayh msuk antibiotik guna drip tu.

Mcm biasa, pkul 5 pagi  chek tekanan drh dngn hcg, pkul 11 pagi lg skali.

Doc dtg tengari td tnye mcm mana ak, dia kata ak bleh jjln bawah tp dngn wheelchair la. Xbleh bjln sngt sbb rsau nnti ade opening. Esok akan stat dngn injection hormon untuk hold lg baby.

Yg mnjadi concern ak ialah.. brapa la dh $$$$ yg dh habis. Sehari bilik dh 300.. wawawa. Risau.

Mntk Allah tunjukkan jalan dan mudahkan semua.

Until next journal.



Wednesday, August 23, 2017

28 week - warded- A journal

Bismillah..

Semalam iaitu 23 agos aku ada app dengan PCMC untuk  cek gula. Pukul 9 ak sampai hospital, registration sume, pkul 9.30 pagi dh siap amek first fasting blood.

Lepastu, pkul 10.30 skali, pkul 11.30 skali amek drh. Dalam pkul 12 mcm tu, doc panggil aku untuk routine scan. 2 minggu lepas cervix aku 26mm which is dah borderline. Doc bagi ubat hormon masuk kut bawah. 15 hari msukkan ubat tu sbb nk hold cervix dr menipis lagi.

Dan masuk bilik doc, check baby punya pgerakan, brain, tulang, jantung, kuar masuk drh jatung, kuar masuk drh dr uri, cek jumlah air ketuban alhmdulillah sume ok. Sampai part yg dinanti nati - scan kut bawah nk tngk panjang cervix.

Memendek la. dr tan tenang bagitau.

11mm..


Ya Allah.. 11mm? 1 cm dh?

Doc trus mintak aku warded on the spot sebab dah sangat nipis. Bila bila masa boleh deliver. Doc bagitau kos smua dalam 50k. Ak tak tau nk bg apa jawapan sebab insurans cover dalam 40k mcm tu je. Lepastu katanya baby mungkin akan stay lama dalm nicu sebab umur dia yg mudaaaa sangat sangat.

Terdiam aku. Lemah. Hasben tadek sbb ak suh dia balik jngn tgu ak sbb ak dh tau check gula makan masa kat stengah hari.

Nurse lepas tu datng mintk ak sign surat ape tah dngn mintak ic dngn kad insurans. Bila dh dpt ward, nk tolak msuk ward, tiba tiba nurse yg lain dtg untuk bhgian admit mntk 10k as deposit. Terdiam lg ak. Mana nak bg 10k on the spot? Adehh

Tapi, sbb insurans ak jnis yg memang selalu guna kt pcmc ni, maka terus je ak warded dulu. Hasben pulak otw.

Dalam ward, dah tukar baju, nurse masuk cek baby punya heartbeat, sumbat ubat kt bawah dan cucuk ubat kuatkan peparu baby. Ngilu sungguh cucuk tu. Cucuk ubat kuat peparu dlm pkul 3 ptg tp esoknye pun still rse kebas2 ngilu lagi.

Pkul 5 ptg lagi skali check heartbeat baby dan blood pressure ak. Pkul 7 lg skali proses yg sama. Malam, aku rehat..

Esoknye iaitu hari ni,

Pukul 5pg nurse masuk nk cek heartbeat baby, ak punya suhu badan, blood pressure ak. Dalam pkul 8 pagi midwife dtg sumbat ubat kut bawah.

Dalam pkul 9pagi, Dr Tan datang msuk. Dia bgtau nk amek swab sbb nk tngk ada kuman tak dan dia cerita pasal prosedur nk jahit cervix.

Side effect jahit ialah
1) mungkin akan ada bnyk kputihan sbb benang kt dlm tu tebal
2) prosedur ni risky sbb mgkin time tngh jahit tkena membran ataupun kantung baby, airkeluar dan teus bsalin
3) mgkin akan tjadi cervix pecah sbb  contraction
4) chance bjaya hold baby ialah 5-10% je

Skali lg ak tdiam tp jauh dlm hati aku tak nk proceed sbb rsau kantung pecah trus bsalin.

Hmm.. until next post

Thursday, August 17, 2017

Tonsil Attack

Bismillah..

Kali ni aku nak bercerita pulak pasal tonsil attack kat Aryan. Baru baik dari bronchitis kan.

29hb Julai, hari sabtu lepas aku, hasben dengan adik adik ipar pergi Langkawi. Sabtu tu take off dari KLIA, trun airport Langkawi pukul 11pagi. Nak dijadikan cerita, hari yang esoknya nak balik KL, yakni hari Isnin (flight hari Selasa), aku boleh rasa badan Aryan panas. Sepatutnya island hopping, aku dengan Aryan berhopping dalam kamar hotel aje.

Nasib baik la aku memang bawak segala kelengkapan ubat masa Aryan kena warded dulu - especially ubat demam. Maka, Aryan bertahan dengan ubat demam tu je la. Aryan aktif je hari tu main naik turun katil sementara tunggu ayah dengan pakcik makcik dia hopping hopping island.. eheh!

Petang tu, dorang sume dah balik, hasben aku ajak jejalan kat Pantai Cenang. Saje main ombak. Lepastu terus kitorang gerak pergi klinik sebab badan Aryan makin la panasnya.

Sampai Klinik Padang Maksirat nama dia tak silap, check2, rupanya tonsil Aryan bengkak. Merah, ada putih putih. Risau gak aku kot penyakit Difteria. Oleh sebab peparu Aryan dah congested, maka doc syor amek nab (nabulizer). Menangis lah Aryan bila kena tekup dengan mask berasap tu. Time tu baru pakcik makcik dia tengok macam mana Aryan nangis time kena nab. Masing masing terdiam tengok Aryan nangis. Aku bagitau la, selama dekat hospital, every 4 hours macam ni la Aryan - kena kejut sebab nak bagi nab. Dalam 20 minit jugak la Aryan nangis, sama lama dia kena nab tu la.

Lepas tu, doc panggil masuk nak bagi ubat. Ubatnya, wajib ubat demam sebab demam Aryan tinggi. Sebelum nab doc sumbat ubat kat bontot dia dah nak reduce suhu. Lepas tu, ubat cairkan kahak, ubat kurangkan bengkak tonsil dengan antibiotik.

Aku bagitau doktor yang Aryan baru kena warded sebab bronchitis. Doc cakap sekarang ni dah lain - masalah tonsil. Tonsil ni memang macam ni, budak demam tinggi. Ni la ubat yang Aryan dapat:-

Ubat demam aka paracetamol

ubat cairkan kahak

ubat surutkan bengkak tonsil Aryan

dari sisi lain ubat surut bengkak Aryan

Antibiotik. Ni paling penting sebab nak fight virus/bakteria punya tonsil bengkak

Lepastu, segerombolan la balik dari klinik. Plastik ubat Aryan meriah sungguh - macam baru balik dari kenduri kawen je.. haha! Kos - free. Thanks AIA insurans:)


Malamnya, dalam pukul 2 pagi macam tu, tengah tidur tu tiba tiba Aryan merangkak kat aku

"Bu.. Bu.." sambil bernafas kuat.

Terus aku tengok tanya kenapa anak ibu ni.. Aku rasa badan Aryan panas sungguh. Dia mengigil terketar ketar. Terus aku selimutkan dia walaupun aku tahu kalau demam tak boleh selimutkan baby. Tapi aku clueless...... aku tepuk tepuk perlahan usap usap dahi dia. Aku bagi dia minum air. Aryan guling guling macam dia tak selesa yang amat. Bila aku tengok dia dah macam tu, terus aku rasa sangat sangat tak sedap hati. Aku kejut suami mintak tengok Aryan sekali. Hasben aku bangun, perkara pertama dia buat ialah off aircond.. adeyyy. Lepas tu, aku bagi Aryan ubat demam. Tapi dia still terketar macam tu. Mata pejam rapat.

Aku pun terus cakap kat hasben - jom hospital.

Pukul 2.30pagi, memang aku kelam kabut dah masa tu sebab Aryan nampak lemah sungguh sungguh. Dia macam too busy dengan terketar ketar dia tu. Ikut perasaan, nak je aku terbang berlari pergi hospital bawak Aryan. Tapi kesedaran tu ada lagi la, sempat aku capai sweater dengan tudung bawal. Pin la mana patut, terus berlari turun hotel.

Dalam kereta, hasben aku pasang lampu hazard, pecut sepecut pecutnya. Nasib baik la ni Langkawi, pagi pagi jalan lengang. Kalau KL, ada la jugak halangan dengan kereta yang sana sini dengan tol dengan traffic lightnya. Perjalanan yang aku rasa sepatutnya setengah jam jadi tak sampai 10 minit. Alhamdulillah jugak aku pilih hotel yang dekat dengan hospital - memang aku sengaja cari yang dekat dengan hospital sebab who knows what will happen kan?

Sampai hospital, tak ada tulis arah ke bahagian kecemasan. Yela, drive laju, nak berfikir pun tak selari dengan kelajuan kereta. Yang aku nampak petunjuk ke kecemasan bersalin. Aku suruh hasben aku pergi arah tu dan memang tepat pun! haha! Nampak sangat kecemasan tu biasanya sebab nak bersalin je..

Sampai depan pintu bahagian kecemasan, tenang je bro hospital tu tanya kenapa. Lepas tu, terus masuk ke bahagian pendaftaran.

"Singgit.."

Tercengang aku ha.. seringgit je dia mintak? Yela, pengalaman sebelum ni masa tengah nak wardedkan Aryan sebab bronchitis, receptionist mintak 3k ringgit untuk secure proses warded Aryan. Ni, hanya 1 ringgitttt... Alhamdulillah Malaysia masih aman.

Amek nombor, aku dengan hasben tunggu nombor kena panggil. Dalam 5 minit menunggu tu, Aryan dah kurang menggigil dia tu. Adoila budakkk.. elok la pulak bila dah sampai hospital. Tergelak aku dengan suami aku time tu.

Bila kena panggil, simple je keadaan dalam tu - ada meja panjang dengan sorang doktor dengan pembantu dia.

"Kenapa? baby demam ka" doktor tanya.
"Haah, demam. Tadi kat hotel dia mengigil terketar. Tu yang terus bawak sini. Risau.." Aku explain selamba.
"Ada bagi ubat demam? "
"Ada sebelum datang sini sebab badan dia panas.."

Doktor check mulut Aryan. Merah. Aku bagitau doktor, petang tu ada pergi klinik sebab Aryan dah demam. Doktor tanya, ada bagi antibiotik tak? Aku cakap ada, dan doktor tanya jenis apa. Aku blur. Tak ingat. Aku just describe yang kaler dia purple, keluaran glaxosmith. Tu je. Aku dah lupa nak bawak ubat Aryan sekali. Yela, duk kalut bagai macam nak kejar ape je pergi hospital, mananya nak ingat bawak ubat Aryan.

Doktor bagitau, budak budak kalau kena tonsil memang suhu dia akan naik mengejut/mendadak. Dia menggigil sebab badan dia nak keluarkan haba lagi lagi bila malam sebab malam dia tidur, tak aktif. Kalau siang, dia aktif, masa tu haba memang keluar sendiri. Jadi, bila tengok anak demam dan dia mengigil, terus mandikan dia dengan air suam. Biar haba semua keluar.

Aku tanya doktor berapa lama tonsil ni baru sembuh. Dan jawapan yang sama aku dapat masa kat klinik Padang Maksirat tu - 5 ke 6 hari dan demam dia on off.

Doktor kata, teruskan bagi antibiotik yang klinik bagi dan dia bagi ubat demam dengan ubat cair kahak. Ubat demam hospital kerajaan banyak ml sekali bagi - 7.5ml which I think it is too much. Tapi macam doktor cakap, tonsil ni memang akan buat demam tinggi secara mengejut. Patut la aku tengok semua ubat dari klinik tu, semua sukatan 5ml - yang mana sebelum ni Aryan punya dos dalam 2.5ml ke 3ml je.

Ubat demam Aryan - 7.5ml sekali bagi

Ubat pecah kahak


Jadi mommies/daddies yang baca ni, kalau tonsil memang doktor akan up kan dos ubat.

Balik dari hotel, terus kami suami isteri mandikan Aryan dengan air suam. Bukan main seronok lagi dia ha main air mandi tengah tengah malam. Lepas mandi, memang drop terus suhu Aryan. Dia siap gelak gelak macam nothing had happened =.="

Paginya, kitorang berkemas nak balik KL dah. Pengalaman first time pergi Langkawi dengan Aryan yang memorable sangattttttt..

Moral lesson: Pergi mana mana klinik, sila la bekalkan diri dengan ilmu anak makan ubat jenis apa. Kalau kita memang bukan ahli farmasi, lidah berbelit nak nyebut nama ubat, marilah hanya amek gambar ubat ubat tu dan simpan dalam tepon - mudah tunjuk dekat doktor.


Klinik kedua;
-----------------


Oleh sebab seminggu Aryan masih demam lepas balik Langkawi, aku dengan suami bawak Aryan pergi klinik rasmi kitorang - Klinik Cahaya ayer@8. Sekali lagi, doktor tanya ubat antibiotik apa Aryan amik. Sesungguhnya lagi sekali aku buat kesilapan yang sama - tak bawak ubat Aryan dan dah amik gambar tapi nset tertinggal kat rumah.

Aku bagitau ubat glaxosmith je dan antibiotik Aryan dah habis dah tapi Aryan masihh demam.

Doktor suggest untuk check darah - nak tengok komposisi darah Aryan. Result? Limfosit Aryan tahap 17. Normal dalam 5-12. Maka, Aryan kena ambil antibiotik baru. Ubat demam, batuk, selesema pun doktor bagi. Kalau lepas 3 hari Aryan masih demam, doktor mintak datang lagi klinik untuk check.

Haih!


Klinik ketiga
-----------------

Antibiotik Aryan dah nak habis tapi Aryan masihh demam on off. Seperti yang doktor bagitau sebelum ni, kalau still demam datang klinik balik, maka, lagi sekali kitorang suami isteri berkunjung ke klinik Cahaya nak follow up. Lepas amik darah, jumpah limfosit Aryan dah drop ke 9. Maksudnya dah tahap normal. Kali ni doktor lain yang check Aryan. Maka, kitorang just balik macam tu je.


Klinik keempat
--------------------

Suami aku tiba tiba tunjuk satu post dekat Facebook yang pasal anak dia demam on off. Pergi klinik, doktor bagitau sebab tonsil. Bila bawak ke Paed, x-ray, rupanya anak dia tu kena adenovirus.

Neves jugak aku baca kisah tu. Petang tu, aku bagitau hasben aku nak pergi PCMC nak further check Aryan. Dalam pukul 4 petang, aku bagitau manager aku, aku nak balik awal sebab nak bawak baby pergi hospital. Aku balik je rumah, solat Asar terus gerak pergi hospital. Dalam kereta, Aryan bukan main seronok terkekek kekek gelak. Berfikir panjang kejap aku. Anak aku ni kalau doktor tengok, aku nak explain apa? Elok je terkekek kekek gelak lompat sana lompat sini. Tak nampak sakit pun. Tengah nak sampai tol Putrajaya yang tengah jam sebab orang balik kerja, suami aku tanya aku - ke kita over sangat?

HAHA!

Aku iyekan aje. Maka, suami aku ajak pergi Hospital Putrajya je. Tengah nak uturn dekat tol tu, tiba tiba ambulans ne no ne no nak buat uturn gak -- nak pergi Hospital Putrajaya.

"Ni la yang baru emergency.. siap ne no ne no"

Aku pun terus lontarkan idea - kita pergi klinik biasa je la check Aryan ni...

Dan lagi sekali kitorang pergi ke klinik Ayer@8. Tapi bukan Klinik Cahaya tapi Klinik Mutiara - sebelah je dengan Klinik Cahaya tu. Dekat klinik tu, doktor tanya keadaan Aryan. Aku bagitau la, demam dia on off tapi biasanya malam malam la badan dia panas.

Bila check tekak Aryan, tonsil Aryan merah lagi. Dan doktor tanya antibiotik apa Aryan makan dan ubat apa lagi. Kali ni aku bawak semua ubat Aryan. Previous antibiotik pun aku tunjuk yang masa dekat klinik kat Langkawi tu. Puas hati aku dapat tunjuk.

Dua antibiotik tak jalan kat Aryan. Maka, doktor provide antibiotik lain pulak... beserta ubat cair kahak, ubat batuk, ubat demam dan ubat selesema.

Bilakah semua ini akan berakhir? Bila Aryan nak baik dari tonsil ni? Harap harap laaa Aryan cepat baik. Makan pun tak lalu. Susu pun selalu tak habis. Susah hati ibu nak oii..