Thursday, July 6, 2017

Second Pregnancy: First Visit Prince Court dan KKM

Bismillah..

Hari ni dah 22 weeks and 6 days aku pregnant. Alhamdulillah.

Macam post sebelum ni, aku bagitau yang pregnant kali ni nak gembira pun tak la gembira sangat. Bukan tak gembira sebab ada new family addition tapi sebab kesihatan aku ni. Kesihatan ke?

Post kali ni aku abadikan kronologi dari KKM dan Prince Court. Setakat hari ni, aku pergi KKM dua kali dah - buka buku, check up biasa dan monthly checkup dengan jumpa direct doktor KKM.
Untuk Prince Court pun aku pergi 2 kali je baru -

Prince Court Medical Center - First Visit (15 May)

Bila dah confirm pregnant - walhal dah 14 -15 weeks, terus aku set appointment dengan erti kata lain, email Prince Court untuk set first appointment for second pregnancy.

Doktor pilihan - Dr Tan. Kenapa?

Kali ni, aku pilih Dr Tan Niap Hong menggantikan doktor pilihan ramai - Dr Seri (doktor aku bersalin kat Aryan). Dalam seminggu jugak aku fikir panjang nak pilih doktor mana. Oleh sebab yang aku baca, pregnant aku kali ni dah kira risky pregnancy sebab ada history premature baby, maka aku pilih Dr Tan sebabnya dia punya specialty tu ialah fetal medicine dan high risk pregnancy. Boleh baca sendiri dekat website Prince Court background Dr Tan - sini

Lagipun, aku rasa untuk semua yang register untuk bersalin di Prince Court, akan ada detailed scan yang mana detailed scan tu untuk check secara menyeluruh keluar masuk darah dalam jantung baby, mulut lengkap ke tak (sumbing), tulang belakang secara terperinci, buang pinggang, organ seks, jari tangan kaki cukup ke tak, ruang dalam hidung antara mulut dengan hidung tu (kes sengau) dan banyaklah laginya.

Detailed scan ni hanya dibuat oleh Dr Tan tak kira kalau kita dah pilih atau chop nak bersalin dengan doktor lain pun. Bold gittu perkataan hanya.. betapanya kan nk bg tekanan. Sekali visit je pun untuk detailed scan tu dan procedure tu pilihan sama ada nak buat ke tak - sama macam syndrome down screening. Detailed scan ni insurans tak cover dan memang kena keluar duit dari poket sendiri - kos dia hampir RM500. Dia macam scan baby biasa je. Tapi tak tau la apa yang mahal.

Ex-offismate aku obgyn dia Dr Tan ni la sebab dia banyak kali kes gugur. Dia dapat tau je dia pregnant 2 minggu terus dia book dan call hospital untuk first appointment. Sebab semakin cepat kita check janin, semakin tinggi untuk kita tahu usia janin untuk predict berapa week kita sekarang dan untuk monitor perkembangan janin dan kesihatan diri sendiri. Panjang ha hipotesis aku.

Kawan aku tu bagitau, setiap kali jumpa Dr Tan - yang monthly checkup tu, setiap kali tu la rasa macam kau buat detailed scan. Dan kau tanyalah soalan yang paling bod** pun, Dr Tan akan jawab je. Jadi tak payah segan nak tanya apa. Ilmu kedoktoran kita memang tahap zero. Jadi, tak boleh lah nak expect soalan kitaa macam specialist doctor yang berkemahiran tinggi, ye dok?

Banyak lagi la dia explain pengalaman dia dengan Dr Tan. Tapi yang aku suka, kawan aku tu bagitau, Dr Tan professional. Kalau nak check bukaan pun dia tak tengok pun. Mata banyak tengok screen monitor tu je. Tapi ye la, dah dia pakar, aku pulak ada kes macam tu. Tu yang aku pilih. Insya Allah selamat dunia akhirat.

First visit, kos consultation dan ubat - RM550
Parking hospital - RM7
Tol pergi balik - RM14


Klinik Kesihatan Malaysia - First Visit (17 May)

Week 14 baru buat buku pink kat KKM Dengkil. Kat Dengkil ni, hari Rabu sahaja untuk pregnant and baby buat checkup. Aku dah informed dah as per previous pregnancy kan. Aku pergi hari Khamis - untuk buat appointment. Dapat date appointment first checkup tu hari Rabu minggu depannya. Aku datang Khames tu bukan apa, saje la kot la boleh tulis tulis dalam buku merah tu dulu. Kira macam register buku tu dulu la. Check itu ini tu boleh buat next week. Tapi, nurse tak bagi. Dia kata, apa apa berkaitan pregnancy kena check hari Rabu. Buku pun tak boleh isi lagi. Jadi, take note ye semua :)

Next weeknya, Rabu, aku pergi la. Sebab dah ada appointment, terus je pergi bukak buku. Bukak buku tu macam mana? Bukan selak selak buku tau. Kena bawak buku pink KKM punya tu untuk previous pregnancy, kena bawak bil untuk semak alamat rumah kita tinggal kat daerah terlibat - kalau aku ni kiranya alamat rumah Dengkil la. Dan juga kena bawak prove yang kita pregnant - aku bawak gambar scan baby.

Aku scan baby first masa 5 minggu kat tempat biasa aku - Klinik Cahaya Ayer@8 Putrajaya. Klinik abadi sejak sebelum pregnant, stress tak pregnant pregnant lagi pun aku check hormon kat sini, check nak sahkan aku pregnant masa first pregnant, check first heartbeat baby pun kat sini sebelum aku daftar queue Dr Seri dekat Prince Court. D

Ok. Back to KKM.

Kat KKM tu, aku bawak scan dari Klinik Cahaya. an juga, aku bawak gambar scan baby dari Prince Court 2 hari lepas.Masa isi buku pink tu, kena soal siasat la untuk sejarah previous pregnancy;

Anak pertama.
Bersalin pada - 2015
Bersalin cukup bulan? - tak cukup bulan -- yang ni nurse tukar pen, dari pen hitam dia tulis dengan pen merah
Berat bayi - 1.9kg -- pun tulis dengan pen merah
Bersalin secara - normal
Bersalin pada minggu ke - 32 weeks -- sekali lagi dengan dakwat merah

Lepas tu, selak page lain, isi semua history medical dan penyakit parents - satu dua je merah sebab mak ayah aku ada darah tinggi.

Lepas tu, pergi timbang, ambil tekanan darah, check kumpulan darah apa, check aku ni positif HIV ke tak. Lepastu, masuk bilik consultation. Dalam bilik tu, aku kenal dengan nurse yang akan jaga aku selama 9 bulan mengandung ni, insya Allah. Bila nurse tengok aku punya buku tu banyak sangat kena tanda dengan pen merah, dia mintak aku jumpa doktor untuk scan - special ad-hoc arrangement.

Bila jumpa doktor KKM tu, dia tanya la kenapa aku bersalin awal which I dont have any idea at all. Tak angkat barang berat pun. Tak penat pun. Tak pergi melancong pun. Antara jawapan aku. Tapi aku bagitau jugak la, lepas bersalin tu, bila tengok uri, uri macam ada luka. Masa tu Dr Seri cakap, baby pandai, dia nak keluar awal sebab dia dalam bahaya. Kes macam ni la yang banyak jadi bila bersalin, baby dah tadek, dah tak bernyawa. Sebab uri luka, tak dapat bekalkan oksigen cukup untuk baby dalam perut. Dan, luka pada uri tu tak dapat dikesan masa scan dan memang tiada simptom. Bila nasi menjadi bubur lagi basi, masa tu lah baru dapat tau uri ada problem dan masa tu dah terlambat dah.

Bila doktor scan, dia compare dengan gambar scan yang aku buat dengan Prince Court, result dia sama - 14 weeks. Tapi doktor mintak aku datang lagi 2 minggu untuk buat scan. Nak pastikan umur janin tu betul dan tepat sebab nak kira due date. Dan juga, doktor KKM mintak aku pilih je nak pergi hospital mana, Prince Court ke Hospital Putrajaya sebab katanya macam kesian dekat aku nak ulang alik dua hospital.

Aku bagitau kat doktor, aku nak ada record dengan hospital kerajaan sebab in case ada emergency, aku boleh bawak buku pink yang dah ada semua maklumat aku ni. Tapi aku bagitau jugak la aku memang dah book dengan Prince Court. Doktor KKM tu suggest, untuk monthly atau routine checkup, checkup je dengan Prince Court - untuk mudahkan aku. Tapi dia ada set appointment untuk jumpa doktor pakar putrajaya lagi 2 bulan untuk kes aku ni. Maka, bertubi tubilah appointment yang aku ada sekarang ni. Dah habis sesi nasihat dan kenal suai ke suai kenal? , aku pergi ke farmasi KKM untuk ambil supplement.

Kos? PERCUMA. Yey! Terima kasih Kerajaan Malaysia... hihi

Untuk Second Visit, next post ye. Insya Allah. Aku nak cerita pasal keadaan rahim aku yang dulu masa mula mula kawen, scanned, rahim aku disahkan rahim terbalik.


1 comment:

  1. Assalam.. boleh ke nak tahu pecahan kos checkup dengan dr tan niap hong? Sebab saya pon high risk pregnancies and nak try checkup dengan dr tan..

    ReplyDelete