Tuesday, July 11, 2017

Bronchitis attack

Bismillah..

Sabtu Ahad lepas aku dan suami berkampung sekali lagi di hospital Prince Court.

Windback.

Selasa
Balik raya, hari ni Aryan aku dah hantar ke childcare - hari pertama dia. Daycare iKids. Risau yang amat sebab yela, balik kampung beraya dua minggu terus kena pisah sebab dia tak pernah kena tinggal dengan orang lain sebabnya aku dan suami yang gilir gilir jaga dia sebab working hour kitorang yang sorang malam sorang pagi sorang siang sorang petang.

Hari ni Aryan dah selesema tapi aku ingat selesema macam lepas mandi pagi tu.

Rabu
Selesema macam semalam. Batuk pun ada sikit. Badan Aryan macam suam tapi tak la tahap demam. Balik dari daycare, Aryan nampak ceria. Teacher dia pun kata hari ni Aryan ok dari semalam. Dah tak menangis sangat dah. Segment Aryan di daycare nanti nanti la aku cerita balik. Panjang nak cerita.. hihi

Khamis
Selesema makin teruk dan batuk pun dah bertambah. Hari ni aku excuse Aryan dari pergi ke daycare. Dan hari ni aku working from home sebab malamnye tu aku tak berapa tido. Aryan asyik bangun, menangis. Hidung tersumbat kot tu yang tak boleh nak tido. Dia bernafas macam ada bunyi. Kahak kot.

Tengahari tu aku bawak Aryan pergi Klinik Cahaya dekat Ayer@8 di Putrajaya tu. Klinik yang selalu aku pergi sejak kali pertama aku stay di Putrajaya ni.

Dekat klinik, Dr bagi nebulizer kat Aryan untuk relief dia punya batuk. Aku ada tanya doktor selamat ke nebulizer ni. Yela, balik kampung haritu banyak nau kata kata yang bagitau tak elok selalu 'sedut gas' ala nebulizer ni la. Sebab katanya nanti kita bergantung kat benda alah tu je.

Kata doktor? haha! Doktor sendiri gelak sebab dia kata family dia sendiri pun bagitau macam tu - tak elok.

"Zaman sekarang ramai sangat yang dah jadi specialist. Saya nak bangkang pun macam rasa tak payah. Sebab kalau saya nak explain pun nanti ada je jawapan dia nak jawab. Jadi, saya iyakan ajelahhh" Doktor pun malas nak layan. Haha

So, macam biasa, Aryan dah bila kena nebulizer, menjerit la kawan tu. Takut tengok asap berkepul kot. Ni kali ke 3 Aryan sedut gas ni. Aryan nampak selesa and better. Dah boleh bernafas elok. Biasanya, ikut history, bila dah lepas nebulizer,  dia dah ok.

Malamnya, Aryan selesema dan masih batuk.

Jumaat
Awal pagi Jumaat, aku rasa badan Aryan panas. Lepas berbincang dengan suami, maka, dia rela masuk office lambat. Aku pulak terpaksa mintak half day working from home sebab belah petang aku yang kena jaga Aryan.

Dalam pukul 5 macam tu, aku mesej suami, bagitau badan Aryan makin panas dan dia nampak tak larat. Makan pun tak nak. Jadi, aku bawak Aryan, pickup suami aku sebab dia nak ikut aku bawak Aryan pergi klinik dan kitorang pergi Klinik Ibnu Sina di Cyberjaya.

Sampai Klinik, Dr tengok Aryan, dia terus kata risau Aryan ada penyakit lain. Suhu Aryan 38.3 darjah Celcius yang ditahap panas sebab mungkin boleh kena serang sawan demam. Suami aku explain yang Aryan dah pernah kena campak sebab doktor tanya kalau Aryan ada bintik bintik merah kat badan. Lepas tu, doktor terus selak baju Aryan. Dia kata, Aryan struggle bernafas. Dia guna otot perut untuk bernafas sebab nampak lekuk antara perut dengan dada dia masa dia tarik dan lepas nafas tu.

"Ni tanda tanda Bronchitis. Mungkin disebabkan viral atau allergies. Saya rasa Aryan kena refer ke hospital. Nanti saya buat surat refer ke hospital. Di hospital, doctor akan bagi nebulizer setiap 4 jam untuk relief Aryan punya pernafasan dan akan bagi antibiotik. Memang akan warded" Terang doktor

Jadi, untuk sekarang, doktor mintak nurse masukkan ubat demam ikut bontot Aryan sebab nak kurangkan suhu demam Aryan dulu. Lepastu terus buat nebulizer.

Bila aku dengar Aryan nak kena nebulizer, aku pandang muka suami aku. Sebab rasa kesian tengok Aryan menangis masa kena nebulizer - suami aku peluk kuat kuat Aryan, aku lak pakaikan mask tu kat Aryan.

Masa Aryan kena nebulizer tu, suhu badan Aryan memang drop terus. Cepat tul ubat bontot tu bertindak. Kelako je main bontot bontot ni.. haha!

Lepastu, doktor bagi surat refer ke hospital. Aku sempat tanya, bila doktor suggest aku pergi hospital. Dan jawapannya ialah ASAP. Sebab katanya budak ni nak baik cepat tapi kalau lambat bertindak, maka lambat yang amat dia nak baik.

Maka, lepas diskas dengan suami, kitorang sepakat pergi lepas isyak sebabnya suhu badan Aryan dah down dan Aryan tak batuk dah. Aku dah siap prepare beg baju dan segala kelengkapan Aryan in case Aryan betul betul kena warded. Aku pulak capai selai jubah. Suami? dia tak nak bawak baju. Sebab katanya dia harap Aryan tak kena warded. Kalau kena warded jugak? Dia kata dia pakai je la baju yang dia pakai tu. Esok la dia balik rumah amek baju lain. Oh suami..!

Dalam pukul 9.30 malam kitorang gerak dan dalam perjalanan setengah jam tu, Aryan dah mula batuk balik tapi alhamdulillah dah separuh perjalanan, dia tertido. Dah sampai bahagian kecemasan Prince Court Medical Centre (PCMC), pergi di kaunter dan terus bagi detail Aryan sebab record Aryan dah ada sejak dia baru lahir kat NICU tu lagi. Lepastu terus masuk bilik untuk check. Suami mintak aku explain dekat nurse tu kondisi Aryan. Nampak sangat aku jenis banyak bercerita kan. Dah habis dengar keterangan aku, nurse ketip kaki dengan tangan Aryan untuk check paras oksigen dan ada la check tempat lain. Mudah nak check sebab Aryan tengah tido dalam stroller tu.

Lepastu, kena tunggu untuk check dengan doktor yang bertugas malam tu. Ada dalam 3 bilik consultation. Dalam 10 minit, tiba tiba Aryan batuk. Terus la jaga dari tidur. Batuk pulak tak berhenti. Terus suami aku angkat tepuk tepuk bawak jejalan. Tak lama tu, nama Aryan kena panggil.

Dalam bilik doktor, aku mula nak bercerita. Yela, ibu kan, wajib la cemas. Dramatik harus ada bila bercerita. Mungkin sebab nampak aku bersungguh sangat, maka doktor selalu pangkah dan stopkan jalan penceritaan aku pasal Aryan. Dia terus suruh aku masuk bahagian bilik kecemasan dan prepare untuk warded.

Kat situ, mula mula Aryan kena nebulizer. Nak menitik lagi air mata aku. Tahan. Lepastu, nurse datang check paras oksigen. Lampu LED merah untuk check oksigen tuk buat aku teringat masa Aryan di NICU. Rasa hancur hati ni tengok Aryan macam tu. Lepastu, dorang bungkus aka bedung Aryan dengan selimut sebab nak ambil darah dan nak cucuk jarum kat tangan Aryan.

Aku la yang kena peluk Aryan. Aku dekatkan muka aku ni di muka Aryan bagitau dia sekejap jee sekejap jee.. shh shh. Dalam masa sama, nurse jentik jentik tangan Aryan nak cari urat darah untuk masuk drip. 4 botol darah nurse ambil untuk check kalau ada kuman bronchitis dan sample hingus Aryan. Aryan dah memang nangis kuat dah masa tu. Tak sampai hati tengok anak macam tu. Lepastu, aku teringat yang aku ada bawak bestfriend Aryan - puting. Aku keras hati stop 100% puting Aryan sejak hari selasa lepas - hari Aryan masuk childcare walhal sebelum ni Aryan memang tak pernah berenggang dengan puting tu. Bila Aryan tengok puting, terus duk hisap chup chup tenangkan diri dia. Sedihnya..

Dah selesai, elok Aryan bangun senyum. Tapi nampak la muka dia penat yang amat. Yela, petang tadi kuat nangis dekat klinik. Ni, kena nebulizer dah nanges. Lepastu kena cucuk lagi sekali dia nangis.

Sabtu
Dipendekkan cerita, pukul 1.30 pagi, kitorang masuk wad. Rasa macam - akhirnyaaaaaa, boleh berehat!

Harapan....

Nurse masuk brief keadaan Aryan. Aryan akan diberi nebulizer setiap 4 jam dan antibiotik - tepat dan sama macam yang doktor dekat Klinik Ibnu Sina bagitau. Dalam fikiran aku, biar betul? Jadi setiap 4 jam la Aryan nanges bagai nak rak? Adui...

Pukul 2 pagi, Aryan baru tidur dalam 15 minit. Letih dengan penyakit, letih dengan menangis. Tiba tiba tiba nurse masuk bagitau nak bagi gas kat Aryan. Mengeluh panjang aku. Budak tu baru tidur, dah kena kejut - kejut untuk dimenangiskannnn. Weekend 2 hari macam ni la rutinnya. Selama umur Aryan, kali ni la dia paling banyak nanges.

Hari Ahad tengahari, doktor Anna aka doktor Paed Aryan masuk nak tengok keadaan Aryan dan Aryan dah boleh balik hari ni. Tapi kalau nak stay lagi pun boleh kalau parents nak nurse monitor. Aku pun cepat cepat bagitau aku nak discharge. Memang aku nak Aryan kena monitor tapi sebagai ibu, tak sanggup aku tengok Aryan penat letih setiap 4 jam kena paksa bangun.

Alhamdulillah, Aryan discharged petang Ahad. Kos perbelanjaan?





Total untuk 2 hari Aryan warded ialah RM 2957. Kos ubat yang mahal tapi kalau tengok pun 50 kali ++

Ubat untuk bawak balik rumah pun menarik di mata aku.

2 inhaler
1 vacum valve
1 spray untuk legakan selesema sebab tak digalakkan ambil syrup selesema untuk budak kecik
1 antibiotik - untuk 3 hari



Pengalaman. Alhamdulillah perbelanjaan ditanggung insurans. Nak harap poket sendiri memanglah tidak mampu. Kalau terpaksa, memang kena korek bank la jawabnya....

No comments:

Post a Comment