Thursday, February 25, 2016

Baby sembelit

Bismillah..

Hari ni usia Aryan 50 hari. Kira dah sebulan lebih la kan lahir tapi sepatutnya Aryan lahir isnin depan - 29 Feb. Hihi.. Dia tak nak sambut befday 4 tahun sekali kot, tu yang terkeluar awal tuu..

Hari isnin haritu Aryan dah tak membuang 2 hari dah. Risau tu memang yang sangat la. Dah la dia ni premature. Ada masalah penghadaman pulak. Mane taknya aku risau. Tapi aku pelik gak, selama ni tak pernah pulak Aryan tak poopoo. Bleh dikatakan asal minum susu, dia membuang. Tapi yela, bila baby dah makin besar, makin bertambah hari, dia tak la poopoo kerap sangat.

Hari selasa dah kira hari ketiga Aryan tak membuang, mak aku yang masa tu ada kat rumah aku ni push ajak pergi klinik. Nak dijadikan cerita, hasben aku pulak demam. Hajatnya, aku nak drive sendiri pergi klinik, biar mak aku teman. Tapi, hasben aku gagahkan jugak drive pergi klinik. Alang alang pergi klinik nak ubatkan anak, ubat la ayahnya sekali kan.

Aku pergi Poliklinik Cahaya dekat Ayer@8. Poliklinik pilihan aku kalau demam sejak aku mula mula bertapak di Putrajaya ni. Klinik ni jugak la yang aku check hormon aku yang aku ingat ada problem tu sebab nak conceive, ada aku cerita dekat sini dannn! klinik ni jugak la yang aku check dan disahkan pregnant ^_______^

Sekarang, anak aku pulak yang aku bawak kat sini. Memang temurun la klinik ni kiranya.. ahaks!

Sampai di klinik ni, nama aku nurse panggil. Mak aku dukung Aryan masuk pintu selepas aku. Nurse beritahu nak check pressure aku dulu. Lepastu, dia tercengang tengok baby. Cepat cepat aku beritahu yang aku dah deliver, baby prem 32 weeks. Terdiam member tu. Hahaha!

Yela, dalam record klinik tu, aku still lagi pregnant tup tup datang bawak baby dah. Aku beritahu dekat nurse tu yang aku nak check baby, constipation problem. Nurse mintak nak timbang Aryan. Sepatutnya Aryan ada check up dekat Prince Court hari Jumaat nanti - lagi 3 hari, tapi Dr Anna ada conference pulak. Check up postpone next Jumaat, minggu depannya. Aku beriya dah nak tahu berapa berat latest Aryan. Sekaliii.. postpone pulak. Nasib la datang klinik ni, nurse timbang gak.

Maka, masa timbang, jarum timbang naikkk. Aku dah nerves dah. Yela, sebab Dr dah beritahu masa last checkup seminggu selepas Aryan balik rumah, kena at least cecah 3kg.

Jarum timbang naik sikit sikit.. 2 kg.... masa tu jantung aku macam nak tercabut. Takkan la naik sikit sangat dalam sebulan ni? OK. Jarum naik lagi. 3,4KG.. Alhamdulillahhh. Betul la Dr estimate Aryan lahir dalam 3.4 KG. Bila aku tengok Aryan yang sekarang yang 3.4Kg tu, rasa macam syukur sangat sangat Aryan lahir awal. Lahir kecik dulu pun sakitnya boleh ingat lagi. Ni kan pulak 3.4Kg. Seriau. Tak pe la, rezeki Aryan lahir awal, tengok dunia awal dan rezeki aku gak mudah lahir baby kecik. Stay positif la kan.

Kembali ke klinik pulak ye.

Bila masuk Consultation room, jumpa doktor, terus aku beritahu baby aku tak poopoo dah 2 hari. Kalau termasuk hari tu, 3 hari la kiranya. Doktor mintak !@#$% - nama ubat yang aku tak dapat nak catch up; tapi nurse macam blur. Sekali, doktor ulang enema prem. Haaaa.. cepat telinga aku tangkap. Entah betul ke tak aku eja tu. Sekali doktor pergi sendiri dekat rak rak ubat cari ubat tu. Lega aku rasa. Yela, better doktor amik sendiri ubat sebab aku tak nak la tersilap ubat ke apa.

Doktor mintak aku bukakkan pampers Aryan sebelum sapu gel jernih dekat bontot Aryan. Masa tu, Aryan dah ek ek. Dia ni bukannya boleh kalau bukakkan pampers dia. Pemalu amattt.

Doktor picit ubat tu dalam tempat bukaan bontot aryan tu. Dan dan Aryan jerit sekuat hati. Risau gak aku tengok doktor buat macam tu. Lepas aku keluar dari bilik doktor, tutup pintu je, trus prooottttt Aryan kentut sekali poopoo. Bau dia...... hazabbbb untuk yang membaunyaa. Haha!

Lega aku rasa Aryan beyak dah.

Balik rumah, bukak je pampers Aryan, memang penuh dengan hahik. Yela, 2 hari tak membuang. Lepas tukar pampers, bagi susu, Aryan tido. Lega gamaknya perut dah kosong tadek hahik.

Hmm.. kesian anak ibu.

Lepas 2 hari amek ubat dekat klinik tu, Aryan tak membuang gak. Sempat aku godek godek google cari pasal ubat enema tu. Rupanya tak elok salu amek ubat tu sebab nanti otot kat bawah tu tak mahu bekerja keluarkan najis katanya. Hari tu jugak aku ada post-natal check up dekat Prince Court. Nak tanya paed Aryan pun tak boleh. Dr Anna ada conference dan patutnye esoknya check up Aryan tapi postpone kan. Kalau tak, dah elok boleh mintak nasihat boleh mengadu dekat paed.

Masa checkup post-natal tu dengan Dr Seri, alhamdulillah rahim aku dah normal. Sepanjang 6 minggu lepas bersalin, fisioterapist beritahu kena selalu buat senaman kegel. Masa dekat hospital, hari kedua bersalin, Dr Seri assign fisioterapist buat mukaddimah confinement. Dalam sesi fisio tu, ada scan otot rahim masa tengah buat kegel. Larat buat 2 kali je. Rasa lemah. Lepas 6 minggu, sepatutnya dapat buat 12 kali kemutan dengan berapa reps tah. Tak ingat. Dekat monitor scan tu, nampak la rahim tu terangkat. Kegel ni untuk elak rahim jatuh.

Dalam bilik Dr Seri tu, sempat aku beritahu Aryan tak membuang. Aku risau. Doktor senyum dan tanya - awak makan apa? Awak tak makan buah eh? Tu je soalannya. Tenang je. Tak suggest ubat ape pun. Dr Seri pun beritahu, dia tak boleh nak assign jumpa mana mana doktor paed sebab Aryan prem baby. Memang Dr Anna je yang ada capability handle baby prem sebab dia pakar paed. Tetiba aku tersentap. Dr Seri pun tak berani nak assign mana mana doktor paed selain pakar prem tuk Aryan. Aku pulak sesuka hati bawak Aryan pergi sumbat ubat dekat bontot dia.

Harap harap Aryan ok la.

Balik dari hospital semalam, memang semua aku makan. Sebab air susu ibu yang salur ke baby. Aku bakar bawang putih, minum Gulsan, d'Aura kelapa dara, kurma dengan air zamzam. Malam tu menyusu, memang menitik la jugak air mata ni. Kesian tengok Aryan meneran. Masa balik dari hospital tu, Aryan muntah macam air terjun. Mana tak menitik air mata ibu oi oiii..

Pagi esoknya, Aryan duk bising bising. Pampers penuh rupanya. Aku check pampers, alhamdulillah.. Aryan beyak dahhh. Beyak tak la penuh satu pampers tapi ok la dari tadek hasil langsung kan..

No comments:

Post a Comment